Selamat bertunang! Selamat Kahwin!

Sempena tarikh 3 kali 10 hari ni, maka banyak sejarah yang cuba dihasilkan. Larian Nike di Kuala Lumpur, Konsert Reunion AF, kenduri kendara, open house (tak habis-habis lagik) dan bermacam-macam perkara. Bagi yang bujang tiada program, maka melencong sambil menempek di mana-mana majlis yang menjadi lipatan sejarah utama bagi sebahagian manusia lain.

Hari ni yang sempat aku kunjungi ialah majlis pertunangan Shahrizal Ismail dengan Fyzliyana Hilda Fahrurrazi. Majlis yang tenang, walaupun cuaca panas tetapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tahniah dan didoakan moga kedua-dua mereka disatukan pada tarikh yang telah dibincangkan sebentar tadi. Insyaallah. Dan juga ucapan tahniah untuk Shah n Fyz kerana pertukaran status. :P

Pada Hafiz yang satu kelas mandarin dengan aku kat UMS dulu, Selamat Pengantin Baru.Maaf tak dapat hadir kerana masalah pengangkutan yang berlaku tadi.

Jugak pada angkasawan yang banyak pengetahuan macam Dr SMS... Selamat Pengantin Baru.

Kisah seterusnya yang akal dikerjakan ialah Konsert Reunion AF di Stadium Putra Bukit Jalil. Jam 8 malam.

Esok akan update dengan gambar.
Diriku
October 10, 2010
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Hebat!