Patutkah ARTIS jadi isteri kepada ahli politik???

Sejak kebelakangan ni kecoh sikit dengan isu ahli parlimen (juga dikenali sebagai ahli politik) yang berebut-rebut nak kahwin dengan artis. Tak tahulah samada berebut ataupun hanya sekadar nak cari publisiti bagi memastikan undi rakyat atau sokongan rakyat sentiasa kekal kepadanya.

Ini pendapat aku berkenaan isu ahli politik kahwin artis.

Bila seseorang itu terjebak ke dalam arus politik sesebuah negara, mereka ini akan menjadi individu yang amat penting dan kritikal dalam mencorak pembangunan kepada negara. Oleh yang demikian, mereka ini dilabel sebagai decision maker atau pembuat keputusan untuk negara. Ahli politik juga bekerja sebagai pembuat polisi (policy maker) kepada negara kerana mereka ini akan bersidang di Parlimen untuk menggubal perlembagaan dan meminda mana-mana bahagian undang-undang di mana ia perlu.



Jadi, untuk menjadikan seseorang itu ahli politik yang betul-betul membawa suara rakyat, segala bentukl kerja rumah (homework) perlu dilakukan untuk memastikan beliau ada cukup informasi, cukup data dan cukup fakta kes untuk dijadikan bukti semasa berbahas di Parlimen nanti. Dari segi pemikiran, mereka ini perlulah mempunyai kaedah berfikir yang luar daripada kebiasaan rakyat biasa. Akan tetapi, pemahaman ke atas masalah dan kebajikan rakyat WAJIB untuk sentiasa diingati. Salah satu kebolehan yang patut ada pada ahli politik ialah untuk meramal (forecasting) tentang apa yang akan berlaku pada negara dalam masa 10, 20, 50 mahupun 100 tahun dari sekarang. Ini penting untuk membolehkan mereka ini membuat dasar yang mantap untuk generasi sedia ada dan generasi akan datang.

Disebabkan kebanyakan pemimpin politik adalah dari golongan LELAKI, maka sang isteri akan menjadi watak utama dalam mendokong dan juga memastikan suaminya sentiasa dalam keadaan yang ikhlas dan mantap untuk bekerja. Selain tu, si isteri juga perlu bijak menangani segala isu yang timbul berkaitan suaminya. Bukan semata-mata untuk menikmati kehidupan yang "bahagia" kerana suaminya seorang VIP. Isteri ahli politik ni bukanlah hanya sekadar untuk ditunjuk di khalayak sebagai RATU dan manusia paling cantik dibawa ke mana-mana majlis rasmi.

Akan tetapi, isteri ahli politik perlulah mampu menjadi ahli fikir dan penasihat utama dalam memastikan karier dan jugak perjuangan suaminya berjaya. Kalau isteri sekadar artis yang mahukan dirinya dibiaya sebab kekayaan harta yang dimiliki ahli politik, maka aku sendiri tak akan terkejut dengan kejadian dasar-dasar negara yang tidak berjaya.

Cuba kita lihat contoh Lee Kuan Yew. Memang dia berjaya menjadikan Singapura negara kiasu terbaik dalam sejarah dunia nusantara kerana kejayaannya menjadikan Singapura negara yang merendahkan martabat Melayu. Bagaimana dia boleh berjaya?

Lee Kuan Yew telah menjadi ahli politik pendokong utama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah berjaya menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dalam dunia iaitu dari 1959 - 1990. Beliau juga telah berjaya mengeluarkan Singapura dari Persekutuan Malaysia yang dibentuk bagi membolehkan beliau membangunkan Singapura menjadi seperti kini. Tapi ramai yang tidak sedar, di sebalik kejayaan beliau sebagai menteri mentor Singapura ini banyak dipengaruhi oleh sokongan isterinya iaitu Kwa Geok Choo. Isteri beliau merupakans seorang peguam yang banyak memberi inspirasi dan bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk beliau.

Salah satu kejayaan besar hasil bantuan Mendiang Kwa Geok Choo kepada suaminya, Lee Kuan Yew, ialah kejayaan dalam meletakkan klausa "Seperation Agreement for the guaranteeing" dalam perjanjian air Johor - Singapura. Dengan klausa ini saja, Singapura dah berjaya IKAT Malaysia untuk terus bekalkan air kepada Singapura.

Apa kejayaan isteri ahli politik Malaysia??? Ada orang boleh beritahu selain dari berjaya berpakaian cantik di kala majlis makan malam??

Sumber: 1 , 2 , 3 , 4 , 5
Kredit Gambar: Beautiful Nara & Jumie2

9 comments:

  1. A good point indeed. Actually tak kisah la sesiapa pun nak jadi isteri kepada para menteri, pemimpin. Artist atau tidak dia tetap maknusia. Tapi seperti kita sedia maklum, kat Malesia, artist-artist kita ni hawok. Tau nak shopping dan berpakaian cantek sahaja. Cuba tanya dorang pasai sejarah Melesia? Harammmmmmmmmmmmm.

    ReplyDelete
  2. artis pempuan ni cari orang politik sebab dia orang kayo rayo..bolehlah shopping kat pavillion ataupun london.

    nak bermewah ajer tau..bukan nak suruh hb dia tolong rakyat..

    ReplyDelete
  3. kak Jumie: I like!!! Maknusia memang!! Cumanya terlalu "take for granted" sangat...huhuhu.. payah...

    Kak Ina: hidup untuk mewah harta bukan boleh pahala banyak pon.. Kalo tlg hb dia kasi up negara pon dah ada saham pahala nanti. At least la.. :P

    ReplyDelete
  4. yeahh.. some politicians may be intimidated by a woman more powerful and intelligent than him so he decided to marry a celebrity. a part from the publicity than he can get, he will also gain control over her. :p

    ReplyDelete
  5. salam,

    hahaa adess blh pakai jugak jawapan kakina tu.

    sebenarnya tak reti nak komen bila ada bab2 politik nie, tp pendapat akak, bila mereka berkahwin dengan artis secara tidak langsung mereka jugak turut di kenali...kiranya populariti diorg pun naik jugak ler...dan artis kenapa nak kawin dgn org2 politik nie sebabnya blh merasa mcm yg kakina komen tu..nnggee~~

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  6. Sheila: Ni kisah boleh ctrl or tak la plak kan?? Ada kebenarannya... Ego! yes!!

    Kak Yan: hahaha... merasa la dia makan sedap2, pakai sedap2 n kehidupan sbgai VIP.. KONON!

    ReplyDelete
  7. good point..so kalau nk jd pemimpin yg bagus kne r cari bini yg boleh jd 'penasihat peribadi'

    ReplyDelete
  8. maaf yer..minta tolong edit tang sponsor ..ada sponsor baru..tq

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.