Maintainance dengan sahabat.

Apa sahaja perkara yang ada di dunia ni memerlukan penyelenggaraan atau nama komersial yang digunakan kebanyakan orang Malaysia sebagai maintainance. Namun demikian, aku sangat akui bahawa masalah maintainance kat Malaysia merupakan masalah paling besar. Dari segi idea kreatif untuk bidang apa sekalipun, memang hebat. Kelas dunia lagi. Bila tiba waktu maintainance, benda yang gah camna pon hancur lebur.

Kalau dengan Tuhan, kita tetap kena buat maintainance ni. Kena buat ibadat yang wajib. Contohnya solat. 5 kali sehari WAJIB buat. Untuk pastikan hubungan kita dengan Tuhan sentiasa dekat dan sentiasa diberkatiNya. Tapi apa jadi bila kita tak buat?? Datang bala, bencana, kemalangan apa semua, baru teringat maintainance kita tak buat. Memang dah tak guna.

Hatta mesin sekalipun, penyelenggaraan berkala perlu dijalankan untuk memastikan fungsinya terjamin boleh digunakan selama mana yang kita mahu. Cuba kalau tiada penyelenggaraan dijalankan?? Sudah semestinya mesin akan "merajuk" dan tidak mahu berfungsi seperti biasa dan akhirnya menyusahkan kerja manusia.

Konsep ni aku ketengahkan untuk hubungan dengan sahabat, kawan, member-member dan yang senafsu dengannya.

Bila kita kenal, kita jadi kawan. Bila kita jadi kawan, kita akan banyak berkongsi pengalaman hidup berkongsi makanan malah ada kawan yang boleh kongsi berus gigi dengan kita. Itulah keseronokan ada kawan.

Tapi, ramai kawan selalu lupa untuk buat maintainance dengan kawan dia. Walaupun dunia Facebook dah menguasai minda manusia kini, dengan PERCUMA pun susah sangat nak bertegur sapa. Yang dia tahu, bila susah, bila nak mintak kerja. Baru la nak tepon balik kawan-kawan lama. Bila ada bantuan yang tahap nak kena tolong lap bontot dia, baru datang untuk carik kawan. Adakah itu gunanya kawan??? Sekadar tempat penyelesai masalah? tu sajakah??

4 comments:

  1. kadang2 bila dah terlalu lama tak berhubung dengan kawan...semacam timbul rasa segan sket bila nak tegur kawan tu...akibat segan tu..makin lama makin jauh dan putus kawan tu..

    ReplyDelete
  2. oyeah!
    kwn senang selalu je ada mnempek
    kwn susa selalu ilang
    bnyk la depa pnya ngelat
    generally,tak suma mcm tu
    but in nowadays world mmg lumrah la bnda tu kannn :)

    ReplyDelete
  3. aman, kalo pasal lama tak berhubung aku setuju.. disitulah letaknya maintainance.. :D

    sha.. btul2.. kawan susa ati susah nk dicarik.. :P

    ReplyDelete
  4. member baik aku da xleh buat byk aktiviti dengan kitorg lepas dier ader awek neh~hahahahha...
    cam mana lak tu..aku pun ada awek,ada gak masa utk member~

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.