Kenapa lagu puja wanita selalu berjaya??

Bila dok berehat, aku akan dengar radio. Bila bawak motor, otak aku bermain-main dengan lirik lagu. Bila jalan-jalan, tengok orang jalan-jalan jugak, otak aku masih memproses lirik lagu sambil bersiul mengikut rentak lagu.

Tapi setelah aku amati lama-lama, banyak juga lagu yang memuja nama wanita. Rozana, Nabila, Aleya, Aleya Maisarah, dan macam-macam lagi lagu yang asyik saja sebut nama manusia berjantina perempuan. Biasanya lagu ni sangat sedap didengar.Tak tahu kenapa. Walaupun kita nyanyi lagu tu untuk nama lain, lagu tu tetap jadi sedap.

Maka teringat pula aku dengan kalimat "wanita hiasan dunia". Pada pendapat aku, hiasan pada wanita itu bukanlah sekadar hiasan yang boleh dipegang dan dicium sesedap rasa.Tapi untuk dihargai sebaiknya. Macam jugak pasu bunga kat rumah kita.Kita letakkan dia sebagai hiasan. Nampak kotor kita bersihkan.. Nampak tak menarik, kita tambah hiasan.

Maka dengan sebab itulah aku boleh anggapkan lagu untuk wanita ni selalu berjaya. Nak banding lagu yang memuja nama lelaki. Macam geli pulak nak nyanyi...ahahahaha
Fikir2
October 4, 2010
4

Comments

  1. haahha. kan... jiwangnya lelaki buat lagu sedap2 untuk pompuan.. :P

    ReplyDelete
  2. hahaha marah kang pompuan bila disamakan dengan pasu bunga :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…