Kenapa baru nak teringat??

Hari ni dari 1755 friend list yang ada dalam akaun Facebook aku, beratus-ratus yang aku dapat nampak kononnya hari ni 20102010 satu tarikh yang CANTIK, SMART, COMEL dan yang sewaktu dengannya.

Itu yang anda semua nampak. Kononnya tarikh-tarikh yang macam ni, baru tmpak istimewa dan perlu diingati dengan pelbagai perkara yang dianggap ISTIMEWA oleh ramai individu. Perbuatan ini memang bagus! Amat memberikan motivasi yang tinggi pada kita. Dan perbuatan sebegini mampu menjadikan hari kita jadi lebih ceria dan menggembirakan.

Sedar atau tidak, inilah yang perlu anda PERCAYA.

Setiap hari, setiap tarikh yang berlaku hanya SEKALI SAHAJA! Tidak mungkin akan berulang dan tidak mungkin akan terulang.

Andainya ianya berulang sekalipun, suasana mungkin berbeza. Tetapi yang PASTI, ianya tetap menjadi sejarah dalam hidup kita. Oleh yang demikian, perlulah kita untuk sentiasa menghargai hari yang datang di kala matahari terbit hinggalah ia terbit semula keesokan harinya.

Hari ini hanya sekali, hari semalam jadikan iktibar untuk hari esok.
Diriku
October 20, 2010
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!