Monday, October 18, 2010

Kakitangan awam tiada bonus?

Bajet 2011 telah dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam sesi Pembentangan Bajet 2011 Jumaat yang lalu.

Bagi kebanyakan pemuda pemudi yang ada, mungkin tidak cukup berminat nak tengok sesi pembentangan ni mungkin kerana kurang penting pada fikiran mereka. Ada juga yang dengar untuk tahu samada harga rokok naik lagi atau tidak. Ada yang menonton sesi pembentangan Bajet 2011 untuk cari kelemahan kerajaan Barisan Nasional. Dan yang paling orang muda suka tengok, terutama bagi penjawat awam, samada diumumkan bonus atau tidak untuk penjawat awam.

Bila tamat sahaja sesi pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri merangkan Menteri Kewangan, TIADA BONUS diberikan kepada penjawat awam. Memang betul alasan yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan dan juga Menteri Kewangan ke 2. Pemberian bonus akan menelan belanja RM3billion++. Kesan besar akan berlaku kepada defisit perbelanjaan kerajaan. Di mana kerajaan akan tampak lemah dalam perbelanjaan wang awam.

Bila difikirkan balik, kenapa mesti TIADA BONUS??? Pernah tak anda sedar, sepanjang proses PEMODENAN MALAYSIA yang dijalankan oleh Tun Dr Mahathir sepanjang pemerintahannya? Berapa kali bonus diberikan kepada penjawat awam sepanjang lebih 20 tahun pemerintahan era Tun Dr Mahathir? Boleh dikira dengan jari kaki sahaja.

Dari situ kita kena faham di sebalik kejadian TIADA BONUS untuk penjawat awam. Ini bermakna kerajaan mahukan penjawat awam lebih pro aktif dari biasa. Biarpun akan ada suara yang akan kata "kami dah keja macam nak mati dah! PM tak bagi jugak bonus", tapi itu menunjukkan kerajaan kita semakin komited nak buat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan.

Jadi, masihkah anda mencari salah orang lain?? Atau anda masih tak sedar kesalahan anda?

2 comments

Sebarang komen amatlah dihargai.