Monday, October 25, 2010

Cuti hujung minggu di Rompin.

Bertolak di pagi Jumaat dan balik pada petang Ahad. Akhirnya aktiviti hujung minggu paling seronok berjaya!

Kami berkumpul di Serai Golf Resort, Pantai Lanjut, Rompin, Pahang untuk aktivti yang dihantar pihak tempat keja bagi program teambuilding di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff.

Bermula dengan aktiviti pukat tarik beramai ramai. Semangat waja ja semua. Dengan ombak setinggi 2 meter ke atas, semua tetap semangat tarik pukat. Ada la 5 ekor ja ikan gelama yang kami dapat.

Muka-muka pulun tarik pukat... dengan ombak besar kat blakang.

Ni salah satu hasil tangkapan kami.

Bila dah habis sesi dengan pukat, kami pulak lawan berenang di kolam resort nih. Enjoy.. 

Bila malam, kami main program "jaga syarikat".. Nak kena KERJASAMA untuk pastikan nama syarikat kekal walaupun ramai kena buang kerja. Permainan ni hanya bersifat simulasi atas kerjasama antara staff dalam syarikat. Sangat menarik.

Permainan ni semua pihak kena pegang tali. Dan logo syarikat akan diletakkan di tengah-tengah tali tersebut. Bila kita diminta untuk melepaskan tali, member kita perlu tolong. Di sini perlunya kerjasama antara staff dalam syarikat tanpa memikirkan kedudukan anda.

Bersambung entry seterusnya nanti.

Sebarang komen amatlah dihargai.