Tuesday, October 26, 2010

Cuti hujung minggu di Rompin. Bahagian 2.

Dah selesai sesi main JAGA JENAMA ANDA, kami dibenarkan balik untuk tidur.

Pagi Sabtunya kami memulakan hari dengan solat Subuh dan sarapan di Coffee House dengan hidangan sarapan yang sedap dan PEDAS. Dengan berbaju merah kesemuanya, kami bergambar kenang-kenangan bagi membuktikan kehadiran kami di Serai Golf Resort ni disimpan dalam sejarah syarikat.


Maka selesai saja sesi bergambar ni, kami memulakan sesi mencari bahan membuat rakit dan sesi membuat rakit yang sangat memenatkan. Nasib bek bos dari JB cadangkan agar kami Bergabung untuk sama-sama lepaskan diri melintas tasik tu. Sebabnya ada bahan tak cukup untuk dibuat rakit kononnya ada pihak yang DENGKI menyorokkan bahan yang tak sepatutnya diambil.


Sesi angkut rakit beramai-ramai diketuai oleh Tok Penghulu dengan Trainer Maulud.

Tak kira bos atau tak, semua kena dayung sama-sama termasik "enjin" rakit kat blakang.

Bila petang, kami buat sesi FEAR FACTOR. Memang takut la sangat.. Sampai tahap kena berjalan tak boleh langgar sikit benda pon. Walaupun hanya daun sehelai, sorang buat salah, semua kena patah balik. Betul-betul gila. Tapi sangat menguji kesabaran.

Sesi menunggu giliran untuk berjalan melalui rintangan yang dicipta Trainer.

Sesi "menghantar" bahan pesanan ke dalamm bakul dengan kerjasama semua orang memegang tali yang dilekat pada tong.


Bila tiba waktu malam, kami berkaraoke sakan dengan bos-bos yang supporting dan sempoi! Saya sangat suka program ni dengan kerjasama semua. Lebih semangat lagi bila dapat tau ada yang sanggup menunggang motosikal sendiri untuk pastikan di dapat jugak sampai dan sertai program teambuilding nih. Saya sangat bahagia dan sihat tubuh badan... :P

Sebarang komen amatlah dihargai.