Antara duit dengan pengetahuan.

Bagi manusia yang rakus nafsunya untuk mengumpulkan duit yang banyak untuk hidup bahagia dan seronok, inilah entry yang perlu dibaca. Sebabnya, manusia kini sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan duit. Sanggup dibiarkan buah susunya dipegang oleh lelaki untuk duit. Itu dianggap sikit. Malah, lebih besar dari itu pun ada. Sanggup gadai KEPERCAYAAN dan TANGGUNGJAWAB untuk duit.



Kononnya boleh hidup kaya, senang lenang, kangkang dan boleh berbelanja sesedap nafsu yang ada.

Itu kemahuan kebanyakan manusia yang ada.

Antara DUIT dengan PENGETAHUAN? Mana penting? Mana yang patut didahulukan??

Kalo difikir logik akal, yang datang dahulu ialah PENGETAHUAN. Bila dah ada pengetahuan, terutamanya tahu akan kegunaan duit, tahu akan jenama yang menjadi trend terkini untuk dipakai, tahu akan kesedapan nafsu dengan hanya menggunakan duit, maka dari situ datangnya kepentingan DUIT.

Untuk hidup, manusia perlukan duit untuk mendapatkan makanan. Malahan, ada juga manusia yang hanya bekerja untuk makan. Maksud di sini gaji yang didapati dari pekerjaan yang dilakukan bukan dalam bentuk DUIT, tetapi dalam bentuk makanan yang diberikan setiap hari.

Bila kita tahu dari mana ia datang, maka kita boleh agak, yang mana penting?

Kesimpulannya ialah PENGETAHUAN lebih penting dari DUIT. Ada PENGETAHUAN maka anda ada DUIT. Tak perlu DUIT banyak untuk dapatkan PENGETAHUAN yang banyak. Dalam dunia teknologi maklumat sekarang, sumber mendapatkan PENGETAHUAN ada di mana-mana. Papan tanda, suratkhabar percuma, malah internet percuma pun ada dalam bentuk FREE Wifi di mana-mana kedai makan.

Masih ada alasan untuk takda PENGETAHUAN????

Atau anda masih GELOJOH untuk dapatkan duit yang banyak???
Fikir2
October 5, 2010
0

Comments

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Kenapa passport Malaysia Tidak SAH di Israel?

Beberapa hari lepas, seramai 67 orang Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan KElab Pu…

Realiti hidup seorang wartawan di Malaysia

Ketika ini, segala jenis komunikasi yang kita bualkan perlu melalui platform di…

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Hebat!