Amaran kepada tukang KLIK sesuka hati!

Dari bermulanya era Facebook LIKE Page, aku mula tersedar akan kempen yang semakin hari semakin banyak dan semakin meleleh di page Facebook kebanyakan orang. Apa yang lebih menarik kebanyakan page ini telah mendapat LIKE sampai 200 000 peminat yang cuba untuk membuktikan SOKONGAN mereka ke atas kempen yang cuba diketengahkan oleh creator atau pembina page tersebut.

Jadi, datanglah berduyun-duyun manusia yang ada akaun Facebook untuk memBABI buta saja klik LIKE ke atas kempen-kempen yang kadangkala dianggap tidak perlu & agak kurang bijak sifatnya.

Pada pendapat aku, untuk LIKE sesuatu kempen, untuk komen pada sesuatu kempen yang ada di Facebook, segalanya bermula dari kita yang ada tanggungjawab tersendiri ke atas akaun Facebook kita. Tak perlu sokong membabi buta kepada kempen yang tidak perlu.
Tak perlu jugak kita sokong andainya kita tidak menjalankan sendiri kajian kita ke atas sesuatu kempen yang cuba dicanangkan melalui media sosial paling berpengaruh dunia setakat ni iaitu Facebook. Aku cadangkan anda baca dulu notes yang ditinggalkan oleh Dr. Rem Dambul melalui laman Facebooknya mengenai isu ni.

Ini kerana budaya menyokong membabi buta tanpa pengetahuan kukuh bakal mengundang pelbagai bentuk pelacuran informasi dan memungkinkan berlakunya menopause mahupuan andropause kepala otak bagi yang tidak mahu membuat analisis dan berfikir sendiri sebelum memberikan sokongan.



Bodoh
October 28, 2010
2

Comments

  1. aku sokong bro.. ak like pd page yg aku minat nk buka jer.

    ReplyDelete
  2. hahaha... betol apa ko cakap.. tapi masa zaman jahiliah dulu tu xdapat diselamatkan la..ahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!