Upload gamba & tag - Kad raya Baru.

Bila dah dekat-dekat nak raya ni, maka banyak ucapan selamat dihantar. Samada melalui kaedah tradisional, mahupun kaedah terkini. Kalo boleh nak ucap selamat kat semua orang yang kita kenali. Itulah sifat manusia yang mahu menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia.

Bila berkata kaedah tradisional untuk ucapan selamat, maka ucapan diluahkan secara terus melalui kata-kata, bagi yang jauh, dengan menghantar kad ucapan juga digunapakai. Akan tetapi kerja-kerja menghantar kad ucapan ni nampak leceh dan memerlukan jumlah masa yang agak banyak di samping kos pembelian kad dan pengeposan yang semakin meningkat. Akan tetapi, penerima akan merasa lebih dihargai dengan ucapan tersebut. Mungkin kerana mesej yang disampaikan bersifat lebih personal.


Kini, dunia telah berubah. Facebook di mana-mana. Segala isu negara kini bermula dari Facebook. Sehinggakan ucapan raya juga dihantar melalui Facebook. Kalo zaman awal dahulu di kala ledakan teknologi maklumat baru bermula, SMS (Short Messaging System) banyak digunapakai untuk menghantar ucapan hari raya.

Sekarang, ambil gambar menggunakan kamera digital, edit menggunakan software yang bersesuaian, muat naik (upload) di Facebook dan tag kawan-kawan agar semua dapat melihat kad ucapan hari raya elektronik untuk mereka. Tampak menarik, mudah dan berjaya dihantar kepada semua kawan-kawan (kalo semua kawan ada akaun Facebook la).

Akan tetapi pada aku, baik bagi yang bersifat personal. Kalo ya pon malas nak tulis kad raya, berikanlah ucapan raya dengan menulis terus di Wall atau mesej melalui medium yang boleh diterima secara terus oleh kenalan anda tu.

Moga Aidilfitri kali ni memberi makna tersendiri buat kita kerana ucapan selamat sahaja tidak cukup, kena saling bermaafan kerana waktu inilah waktu terbaik untuk kita menghapuskan dosa sesama manusia. Sebabnya, dosa ngan Tuhan bila-bila masa boleh mintak ampun, dosa ngan manusia ni, bukan mudah untuk manusia ampun. Sebab Tuhan Maha Menyayangi dan Mengampuni.

2 comments:

  1. have to agree on this one. i think it kills the need to actually reflect and meet the person in person, protruding your hands and really apologize.

    not saying it is not sincere enough or anything, i just feel that the effort weight is made lighter.

    just sayin' =)

    ReplyDelete
  2. Thanks Dish....

    I understand what u mean. we should think on the need of apologizing and meeting people. How much weight did u put on that. :D

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.