Wednesday, September 29, 2010

Semua benda dipolitikkan = banyak anak haram!

Situasi politik, landskap politik, keadaan politik. Berbeza bunyinya. Tapi membawa maksud yang lebih kurang sama. Proses mempolitikkan isu pula bermaksud apa saja yang terjadi, isu yang timbul, dijadikan modal dalam mendapatkan sokongan politik.

Contoh terbaik sekarang ialah isu berkaitan denda mahupun hukuman yang dikenakan kepada murid sekolah. Zaman persekolahan antara tahun 1994 - 1999 berkemungkinan merupakan batch terakhir yang merasai "nikmat" didenda dan dipukul oleh mana-mana cikgu tanpa ada SERANGAN BALAS oleh mak bapak. Tak kisah la kena lempang berseret ka, luku kepala ka, dibaling pemadam papan hitam ka, semuanya ok. Dan anak muridnya pula tidak bertindak ganas seperti yang berlaku sekarang.

Isu disiplin sekolah bukanlah baru. Tapi sejak bermula millenium baru ni, kes-kes budak sekolah makin meningkat. Mana taknya? Bila cikgu hukum budak-budak sikit, baru melecet ngan lebam sket dah kene serangan bertubi-tubi oleh mak bapak.

Pihak yang mahukan kuasa politik pulak, gunakan isu ni untuk terus memburukkan kerajaam pemerintah. Sampai kerajaan pon terpaksa ubah dasar dan kemudian, hanya cikgu disiplin saja yang boleh hukum pelajar.

Tiba-tiba sekarang, ramai pelajar sekolah yang dah ada anak. Yang jadi bapak muda, mak muda dan yang lebih menarik, cikgu-cikgu muda kat sekolah pon dah jadi atuk muda!!

Harapan aku, teruskan untuk mempolitikkan segala perkara!! Sangat baik untuk kehancuran Malaysia menjelang 2020.Tahniah!

4 comments

betu tu..teringat masa sekolah dulu kalau kena sebat je x berani nak komplen ngan ibu bapa....mmg kna ceramah...

kan....hohoho... gila btol budak2 skang nih...huhu

Salam,

Memang menjadi kenyataan nampaknya pada tahun 2020 byk anak luar nikah.

bgitulah nampaknya encik kuchai...ahahaha

Sebarang komen amatlah dihargai.