Monday, September 20, 2010

Masuk U, Konvo = Capai cita-cita???

Masa dapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sangat membahagiakan. Malah berjaya membanggakan mak abah. Itu perasaan yang timbul dari semua orang. Kiranya masuk U dah memberikan satu petanda kecerahan di masa akan datang. Baru petanda.

Kemudian, dah berjaya abeskan pengajian di U, maka musim konvokesyen tiba. Majlis diadakan besar-besaran. Ratusan ringgit dibelanjakan setiap individu untuk konvokesyen. Meraikan kejayaan tamat pengajian. Lebih bahagia perasaannya. Dah ada "lesen" untuk bekerja dengan gaji yang bagus-bagus nih. Itu kata kebanyakan orang dalam hatinya.

Maka zaman kerja pon datang.Tapi banyak ja geng2 graduan ni tak sedar diri. Maleh nak carik keja. Dia pikir, dia dah blaja setakat ijazah sarjana, dah cukup untuk menjadikan dirinya sebagai hot stuff dalam industri pekerjaan. Bukan itu yang harus dipikir sebenarnya... Sebabnya, graduan ijazah sarjana dan banyak nak mampus kat Malaysia nih. Tahap lambakan macam kasut Crocs kat uptown. Jadi, kena la banyak usaha untuk banyakkan kemahiran dan cari kerja selagi boleh.

Untuk capai cita-cita bukanlah di IPT semata-mata. Kadangkala seseorang tu hanya capai cita-citanya bila dah mencecah umur 40 tahun. Itu pun paling awal. Cita-cita hanyalah apa yang kita harapkan untuk terjadi apda diri kita. Ia tidak datang secara mudah. Memerlukan kekerasan dalam bekerja dan kekerasan dalam usaha. Kalau semuanya dijalankan sambil lewa dan senang lenang, sampai mati pon cita-cita takkan tercapai.

Tak ada kerja yang mudah dalam dunia nih. Hatta nak jadi pelacur yang berjaya sekalipun perlukan kerja keras.

8 comments

baru pas tengok buku biodata time kecik2.
nama: sheila izrin
cita-cita: doktor
conclusion: capai!yay! :D

tahniah!!!'
kadang2 orang lambat sket.. :P

huhhuu!! btoiiiiiiiiiiii! berusahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

thanx bgi pesanan yg sentap abg lal!! ^___^~

hahaha..betul2 alam pekerjaan mmg lain..tp kn pengalaman aku g interview hr tu, diorng tanye hbs penglibatan dkt U.. so mmg tak sia2 risikokn pngk mase dkt U, hbskn masa aktif itu ini... (dlm konteks alam kerja cikgu) sb sgt berguna dn praktikal di real life... thats y, bakal graduan kena tingkatkan kemahiran dan gain xperience as much as possible... kene ada nilai tambah gitu..

betul, rite n true..xde maknanya ada degree tp malas nak usaha carik kerje...keje biasa2 dulu kumpul pengalaman...

teruskan perjuangan smpai ke titisan peluh terakhir..:-)

kerjaya oh kerjaya....
aku mencarimu selepas blaja....
ko ilang entah dimana...

aku kaku dan tak laku....
kemana aku harus lalu...
hanya ijazah yg dipegang layu...
huhuhu...

Syukur la nak... Anda semua paham situasi sebenar.... Sebabnya dunia pekerjaan ni sangat lain dari dunia study...hoho

Sebarang komen amatlah dihargai.