Kebencian ke atas UMNO..

Sejak ombak besar yang membadai politik Malaysia lebih 2 tahun dulu, maka kebencian orang yang mengundi ke atas UMNO agak memuncak. Sebut saja orang UMNO dah menunjukkan darjah kejijikan serta kekejian yang sangat hina ke atas orang yang menjadi ahli UMNO mahupun orang yang cuba mengiyakan perjuangan UMNO. Malahan tidak teragak-agak juga ada yang melontarkan pelbagai tuduhan yang sangat tidak sedap didengar kiranya anda menjadi penyokong UMNO.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat, modus operandi yang menjadi tunggak utama perjuangan mereka ialah untuk menghapuskan UMNO dan mengaut kembali sokongan rakyat ke atas mereka. Itu perjuangan mereka. Maka sentimen kebencian ke atas orang UMNO semakin memuncak. Kehebatan Pakatan Rakyat ialah mereka menggabungkan kuasa media dari arus paling primitif sehinggalah ke arus yang berteknologi tinggi. Maka tidak hairanlah kenapa propaganda untuk membenci UMNO berjaya dijalankan dengan cemerlang gemilang dan terbilang.



Bagi aku, kebencian aku ke atas perjuangan UMNO itu tidak sama sekali. Tapi kebencian aku memuncak ke atas orang-orang yang berjawatan dalam UMNO. Dari peringkat cawangan hinggalah peringkat bahagian. Dari segi orang-orang yang berjawatan tinggi seperti Majlis tertinggi ke peringkat Presiden, alhamdulillah masih boleh aku hormati dan sayangi mereka.

Bagi aku, yang menjadi punca sebenar orang benci UMNO ni bila orang muda dah mula benci anak-anak orang UMNO yang ada jawatan ni. Contohnya anak ketua cawangan, anak kepada ketua bahagian dan yang sewaktu dengannya. Bila anak-anak dia ni dah cukup umur serta cukup matang, anak-anak ni akan diangkat menjadi ketua Putera UMNO cawangan la, ketua Puteri UMNO la. Setakat dilantik tu, memang tak kisah. Memang senang nak wat keja. Perkudakan saja mak, bapak dan anak-anak skali dengan perjuangan UMNO.

Tapi, anak-anak muda ni, mula menggedik (bagi yang perempuan) dan menggatal (bagi yang lelaki). Dah tu, masing-masing dok tunjung gangster dan nak tunjuk dia saja pandai serta hebat dalam kawasan tu. Semua yang dibuat betul. Bila ada yang cuba mencabar atau membincangkan isu yang berkaitan, tak mau. Dah tu bertindak PANDAI-PANDAI.

Orang muda mana tak sakit hati?? Darah muda, jiwa muda, semangat muda. Kira nak lawan ja la.

Lawan tetap lawan. Perjuangan UMNO tetap perlu diteruskan. Ketua-ketua cawangan, ketua bahagian dan Ahli Jalan Kangkang (AJK) yang lain mana-mana yang sombong WAJIB dihapuskan. Maka jangan terkejut la pulak yang dihapuskan ni akan masuk PKR dalam beberapa jam selepas tu.

**Untuk anak-anak, jaga nama mak abah anda. Kerana maruah anda, turut juga maruah mereka!

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.