Kaedah nak selesaikan masalah sesama individu.

Kes Datuk Sosilawati Lawiya masih menjadi isu panas di seluruh Malaysia. Ramai yang mula tertanya-tanya, kena begitu kejam manusia sampai sanggup berbuat jenayah sedemikian rupa ke atas manusia lain.

Wujud juga persoalan yang menyebabkan berlaku pergeseran isu antara kaum yang ada di Malaysia. Ada yang tak puas ati lagi, kononnya luka lama kes Teoh Beng Hock dan juga mendiang Kugan pon masih belum selesai. Konon ada yang bising nak tegakkan keADILan. Tapi bila datang kes Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang pentingnya, isu perkauman pulak yang timbul.

Sangat kesian.. Pelik + pening + fitnah + penyibuk = huru hara.







Sebenarnya, jenayah sebegini dah lama jadi kat Malaysia. Apa yang penting ialah KERJASAMA dan Ringgit Malaysia yang menjadi sandaran utama. Sekiranya anda tak suka, atau tak puas hati dengan seseorang individu, anda hanya perlu hubungi orang tertentu ini. Sediakan Ringgit Malaysia secukupnya dan pilih pakej yang anda perlukan.


Mahukan individu tu makan guna straw, tak boleh berjalan, tulis guna mulut, mahupun hilangkan orang tu selamanya. Pilih saja bagaimana kesengsaraan yang anda mahukan. Siap kerja, bayar dan putuskan hubungan. Itulah kaedah yang ada dan digunapakai sebahagian manusia di dunia ni termasuk negara Malaysia.

Pada pendapat aku, gunakanlah kaedah paling diplomatik dan bijak untuk selesaikan masalah sesama individu. Kaedah sebegini bukan sahaja menyebabkan orang lain sengsara, takut kita jugak sengsara di "sana" nanti.
Fikir2
September 15, 2010
2

Comments

  1. kes sosilawati nih dah melangkau dimensi baru
    menyentuh macam2 isu yang cuba dieksploitasi oleh orang2 tak bertanggungjawab
    kecewa tul aku

    P/S : Air Tajam Memang Sedap

    ReplyDelete
  2. hoho.. tu la hans... orang suka cakap sesedap mulut.. terlupa kadang2 mulut dia banyak cili... isk3..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!