Thursday, September 30, 2010

Excelent Student = Lupa daratan!

Cabaran menjadi cikgu sekolah bukanlah sikit. Bermula dengan cabaran dihantar ke kawasan pedalaman hinggalah terpaksa berkorban masa untuk memastikan anak muridnya berjaya.

Berdasarkan perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa orang guru berpengalaman (mengajar lebih dari 10 tahun dan mempunyai lebih dari 500 orang pelajar), kebanyakan pelajar yang masih berhubung atau keep in touch dengan cikgunya datang dari golongan pelajar yang SEDERHANA dan BIASA SAHAJA prestasinya di sekolah.

Terus timbul persoalan dalam fikiran aku, mana perginya bebudak cemerlang??? yang berjaya dapat 8A dalam PMR, 10A1 dalam SPM??? Sibuk dengan pelajaran ka? Kritikal sangatkah kursus yang diambil tu sampai takda masa nak luangkan sedikit masa untuk telefon atau sms cikgu-cikgu untuk tanya khabar?? Ataupun duit biasiswa yang DITAJA tu tak cukup banyak untuk membayar bil telefon nak dibandingkan dengan pelajar BIASA yang terpaksa pinjam LEBIH BANYAK duit dari pihak PTPTN???

Ini sekadar persoalan. Kalau anda rasakan susah untuk anda mendapatkan pekerjaan yang anda impikan, tepuk dada anda.. Tanya tengok pada diri anda yang kacan dan cantik tu. Adakah anda betul-betul hargai cikgu anda?

Sekadar peringatan untuk saya dan anda kerana kejayaan dalam prestasi yang cemerlang boleh jadi tidak penuh dengan keberkatan andai anda melupakan orang paling berjasa dalam hidup anda!

3 comments

Betol..Kebanyak pelajar yang cemerlang dengan jayanya biasanya dia lupa..tp tidak semua camtu...mayb 70% je kot camtu..yang lain mungkin still keep in touch kot..ape pun jangan lupa jasa guru yang telah mendidik kita dari kita sifar kepada berapa yang anda ada sekarang..

hahhaa...dulu cikgu aku pun cakap macam neh...aku xder la contact semua cikgu aku..tapi every year(means like for the past11 years) xpernah lagi a aku berenti utus kad raya kat 2 org cikgu sekolah rendah aku sampai hari ni..mmg la cikgu aku ramai(n aku appreciate every single of those) tapi yang 2 neh betul2 jadikan aku ORANG a!
yg lain sekali skala ada juga aku bertanya khabar..
tapi aku rasakan,last2,ikut student tueh gak a..kalu dia jenis yang mengenang budi plus active sket,sure dia tahu nak buat apa nak appreciate cikgu dia..kalu da jenis makan telan,langsung xkunyah plus pasif(budget pemalu)..sure2 a xbuat apa2.
nice piece u got there bro..
thumps up

hurm... jadilah anda murid yang ingat kat cikgu-cikgu dia... kalo agak2 maleh nak contact cikgu pun, doa-doa la untuk depa... :P

Sebarang komen amatlah dihargai.