Bila yang susah dibantu.

Di kala bulan Ramadhan, ramai sahaja ahli korporat yang datang berduyun-duyun untuk memberi bantuan serta sumbangan amal kepada anak yatim mahupun golongan yang kurang berkemampuan. Pada saat inilah juga banyak hotel yang ditempah untuk dijadikan vanue atau lokasi kejadian bagi majlis seumpama ini. Samada ada pihak media atau tidak itu tidak penting. Apa yang penting ialah KERJASAMA untuk membantu orang yang susah dan kurang berkemampuan dalam menyambut hari kebebasan yang juga hari di mana manusia kembali kepada fitrah asal kejadian manusia iaitu hari raya Aidilfitri.

Bayangkan kiranya situasi berikut berlaku pada kita:



" Di saat bermulanya Ramadhan, anda seperti hari-hari biasa akan menjalankan kehidupan dengan bekerja dan melakukan amalan seharian seperti sedia kala. Bila tiba musim Ramadhan, mungkin perbelanjaan hidup anda menjadi sedikit ringan kerana tidak perlu makan di siang hari. Perbelanjaan hanya dibelanjakan pada malam hari.

Apabila hari semakin hampir di 10 malam terakhir Ramadhan, anda dapati wang perbelanjaan anda masih berada pada ketetapan biasa iaitu CUKUP MAKAN. Cukup sekadar makan hari-hari. Tidak mampu untuk berbelanja bagi membeli pakaian yang baru dan cantik untuk dipakai di pagi lebaran. Kalaupun anda tidak memikirkan hal pakaian, sekurang-kurangnya makanan di pagi Syawal tetap difikirkan. Semestinya ada juadah yang istimewa untuk anda nikmati di kala hari pertama anda kembali pada fitrah asal manusia (yakni makan di siang hari).

Jadi, kiranya bantuan dari Allah itu sampai melalui badan korporat mahupun orang perseorangan ini, biarpun kecil sekecil sebakul kuih raya pun, bantuan itu akan sangat membahagiakan hidup anda."

Inilah situasi yang berlaku pada orang susah. Kenikmatan yang datang dari bantuan orang lain itu sangat membahagiakan bagi yang susah. Ingatlah bahawa kebahagiaan orang lain juga akan memberikan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Marilah kita saling membantu dan beramal di bulan yang penuh berkat dan banyak bonus pahala nih.

Semoga kita sama-sama memperbanyakkan amalan di kala fasa terakhir Ramadhan ni. Fasa pembebasan dari api Neraka. Insyaallah.
Gambar bersama Adik-adik dari Rumah Kebajikan Baitul Hidayah sempena Majlis Berbuka Puasa PNB Commercial bersama NSTP di Hotel Sri Petaling 1 September 2010.

3 comments:

  1. masa kita susah, orang tolong kita..masa kita senang, kita pulak tolong orang..hohoo

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Ramadan membawa kita kembali mengerti makna korban dan sedekah..:)

    ReplyDelete
  3. Azuan & Nizam, Tenkiu atas komen anda....

    Memang cmtu la Azuan, kalo semua orang pikir camtu, aman dunia.. Xdak orang TAMAK...hohoho

    Nizam, Moga Ramadhan kali ni lebih mematangkan kita.. insyaallah...

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.