Friday, September 24, 2010

Banyak sodok = banyak kangkang!!!

Ini yang orang suka. DUIT, WANG dan yang senafsu dengannya. Sapa takmau wang?? Semua orang nak. Untuk menampung kos hidup yang memang tetap perlu dibayar walau untuk ke tandas sekalipun.

Tapi, wang haram paling sedap dan paling ramai orang suka makan. Kangkangkan sedikit kepercayaan dan tanggungjawab yang diamanahkan, maka anda akan mendapat sejumlah wang yang lumayan. Memang sedap.

Bila anda terlalu mengangkang untuk mendapatkan wang, maka ia akan menghasilkan zuriat keturunan yang sangat dahsyat. Malah akan mengundang jutaan bencana. Contohnya, bila pegawai kerajaan dari pelbagai pelosok negeri dan jabatan bertindak mengangkangkan tanggungjawab serta amanah mereka, macam-macam bala besar boleh berlaku kat negara. Kemasukan pekerja asing tanpa izin yang turut mendatangkan kes pelacuran dan jenayah secara besar-besaran, kes jambatan runtuh (akibat kangkangan yang mengurangkan bahan pembinaan yang digunakan), banjir besar (kelulusan projek menghancurkan kawasan tadahan), tsunami (penebangan pokok bakau) dan macam-macam lagi. Itu baru pekerja khidmat awam kangkang ok.



Ini belum masuk lagi kisah orang swasta yang banyak duit dan dengan riak serta takburnya sanggup membayar apa sahaja untuk terus mengangkangkan negara kita. "Gua banyak duit la!! Gua boleh bayar apa gua suka!". Ini antara ayat yang selalu dihamun oleh penyodok yang selalu menyodok agar orang kangkang kat dia.

Terbaru, kes kangkangan di New Delhi India sempena Sukan Komanwel yang akan bermula tak sampai 10 hari lagi. Banyak struktur yang dibina runtuh. Jambatan ke stadium, perkampungan sukan, jejambat, dan macam-macam lagi yang dilabur oleh pelbagai pihak runtuh! Sebabnya?? Pemimpin yang ada di sana, tak kira dari golongan paling atas, sampai la yang paling rendak kastanya sangat suka kangkang. Bayar sikit pon dah cukup untuk kangkangkan mereka.
Inilah keadaan semasa di Perkampungan Sukan Komanwel 2010, New Delhi, India. Gambar dari BBC News

Kesimpulannya, biarlah warga tua teras masyarakat yang ada kini menjalankan operasi kangkangan dan juga sodokan mereka. Bagi yang muda, remaja, baru nak mula bekerja. Pastikan maruah anda terjaga. Bukan sahaja maruah fizikal dan zahir samata-mata. Malahan maruah batin dan juga mental juga turut perlu anda jaga. Jangan biarkan anda dan negara ini hidup terkangkang suatu hari nanti.

6 comments

lantai toilet kt india tu boleh jatuh terkangkang kalau pijak

taw xpa... tu kira baguih ada toilet.. time aku p ritu xdak pon..ahaha

uishh~ kalo tgk toilet lagu tu, tahan nk terkucil pun xpa.. geli..

Keless kan?? Memang mengangkang adalah cara paling mudah. Sebab itu kalau dah longgak susah nak ketatkan balik. Maksud tersirat ni dek non.

sumi.. Itulah realiti di India.. aku dah kena dah ritu..huhu

Kak Jumie, ahaha.. jawapannya, kenalah kepit slalu.. bagi x lemau apam tu..ahahaha

NHS, teruk?? itu la realiti..ahaha

Sebarang komen amatlah dihargai.