5 sebab mat rempit mampu jadi menantu yang baik.

Kalo kita tonton filem Melayu, terutama yang ditayangkan di kala musim perayaan ni, asyik saja menceritakan kisah-kisah kehidupan mat rempit yang tidak mendapat tempat di hati ibu-ibu dan bapak-bapak. Kononnya mat rempit ni tak mampu bawa kebahagiaan dalam hidup anak gadis mereka (gadis ka?? Jawab sendirik la).

Maka dengan kehidupan sebagai mat rempit, aku usulkan 5 sebab dan buktinya skali kenapa mat rempit mampu jadi menantu yang baik serta membahagiakan keluarga.

1. Kehidupan mat rempit menjimatkan!!
-buktinya, pembelian motor amatlah murah jika dibandingkan dengan pembelian kereta. Maka, isu hutang pembelian motor tidaklah sampai tahap membebankan perbelanjaan isi rumah.
-selain tu, nak isi minyak motor pun tak mahal. RM5 pon untuk petrol ron95 dah cukup untuk isi minyak penuh.
-maka, dengan gaji minimum RM1700 pon dah cukup untuk tampung keluarga.
-lagi satu boleh jimat duit untuk kahwin cepat. :D




2.Mat rempit pandai ambil peluang untuk teruskan perjalanan hidup.
-tengok mat rempit mencilok... Celah mencelah ketika kesesakan jalan raya. Ini merupakan salah satu kaedah untuk melatih diri mencari jalan keluar di kala kesesakan hidup berlaku. Kalo pemandu kereta, apa jadi pon terpaksa pasrah. Melayan kesesakan. Hidup penuh stress. tetapi tidak pada mat rempit.

3. Apa yang penting? Kerjasama.
-hidup sesama mat rempit sangat bekerjasama. Walaupun tak kenal, masih boleh bermesra dan bekerjasama menjaga keselamatan masing-masing. Tengok bila hujan. Semua mat rempit kumpul ramai-ramai bawah flyover untuk berteduh. Siap bagi peluang lagi untuk ruang kosong bagi mat rempit lain berteduh jugak.
-malah, waktu ni jugak la. mat rempit bermesra sambil lawan pinjam lighhter untuk merokok bersama.

4.Mat rempit menghasilkan anak yang kreatif & inovatif.
-baka rempit biasa akan jadi sangat kreatif dan inovatif. Ini terhasil dari sikap celah mencelah di kala memandu motosikal. Bukan senang nak pastikan motor dapat melalui celahan kereta yang sempit sambil memandu jentera yang berkuasa.
-minda kreatif dan inovatif ni jugak dapat dididik melalui sesi upgrade dan juga sesi  make up motor. Sangat cantik dan comel.


5. Bertanggungjawab.
-kehidupan mat rempit ni sangat bertanggungjawab. Dia sangat pandai menjaga hubungannya dengan kawan-kawan, keluarga mahupun orang yang disayanginya. Kalo tak percaya, sila kaco cikaro atau awek si rempit nih. Semestinya anda akan dipukul sepenuh hati oleh mat rempit ni dan kawan-kawannya.



Oleh itu, pesanan untuk mak dan abah yang masih risaukan anak-anak  mereka yang "berkawan" dengan mat rempit (pemandu motosikal), maka bolehlah menjadikan entri ini sebagai pedoman. Diharapkan dapat membuka minda anda untuk mengetahui nilai serta kehidupan sebenar seorang mat rempit yang sejati.

10 comments:

  1. anda pasti mat rempit mampu menjadi menantu yg baik???

    ReplyDelete
  2. haha.. bleh caye ker ne bro?
    takut rempit ne hidup anak bini tersempit jer.hehe

    ReplyDelete
  3. mat rempit kan ada bnyk kelas. Jdla mat rempit kelas A =) p mencari rezeki dgn merempit x jd hal ;-)

    ReplyDelete
  4. pastu laki mati merempit tinggal anak bini.

    ReplyDelete
  5. JMR, insyaallah.. doakan banyak rempit kembali ke pangkal jalan.. :P

    Darkbatman, boleh la bro...ahahahaha... bini tersempit sket la.. yang penting, bini tu kena kepit..ahaha

    Dayaah, kelas A aku suka..ahaha

    Anak Perak, xla jugak.. jangan doa bencana kat depa..ahaha

    ReplyDelete
  6. wah....bijak betul.kalau bini emergency nk bersalin naik moto ker??? perh...... bagus jugak moto sikal kapcai ni. kereta mmng x pnting pn

    ReplyDelete
  7. hahhahahaaa..suke3..tgh mencari jodoh gak ni.. :P

    ReplyDelete
  8. Tal boleh dipercaya...ini pasal hidupan ikut keseronokan...tpi agama kuat ke...nk pilih solehah tak mampu nk doa hapuskan dosa utk isteri...zaman makin pelik tak ade faedah...

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.