SMS dan Wall Mesej Ramadhan, penting ka??

Petang nih, ahli falaq akan menjalankan tugas mereka untuk meneropong Hilal atau anak bulan Ramadhan. Maka hasil pengamatan ahli falaq dan dirujuk juga dengan kaedah hisab yang telah siap dijalankan sebelum ini, malam ni kita akan mendengar pengunguman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mengumumkan tarikh bermulanya puasa Ramadhan.

Bila tiba bulan puasa, maka semua syaitan akan dibelengu selama sebulan bagi membolehkan manusia menjalankan ibadah dengan aman kerana hanya tinggal satu musuh sahaja yang perlu dilawan iaitu NAFSU.



Jadi, bila datang bulan Ramadhan, manusia yang tak pernah nak beribadat walaupun ibadat WAJIB seperti solat, baru pikir nak solat. Baru pikir. Belum buat. Dan bila datang Ramadhan, baru nak jadi baik, baru nak ingat ALLAH dan baru nak beribadah sekhusyuknya.

Kenapa ini tidak dipraktikkan sepanjang tahun?? Tak payah nak tunggu Ramadhan. Kan???

Untuk itu, Ramadhan yang datang ni perlulah digunakan sebaiknya untuk mengumpulkan pahala yang digandakan nilainya. Kalaupun anda tidak mampu untuk menghantarkan mesej sambutan Ramadhan, tak mampu untuk online menghantarkan mesej Ramadhan kepada sahabat anda di Facebook, sekurang-kurangnya anda doakanlah agar kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan untuk melawan hawa nafsu bagi melicinkan perjalanan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ni.

Kita kena sentiasa memahami bahawa kapasiti yang ada pada sahabat kita sangat berbeza dengan kita. Barangkali sahabat kita masih belum ada kerja yang tetap, maka tidak mampu topup untuk hantar sms. Mungkin juga sahabat kita tak dapat nak online, kerana tak berkesempatan untuk pergi ke CyberCafe. Memahami juga adalah perkara yang baik dan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah. Maka berdoalah kita untuk sahabat yang kita ingati.

Salam Ramadhan 1431H.
Pendapat
August 10, 2010
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!