Saturday, August 7, 2010

Sindrom memperbodohkan Mak Bapak.

Salah satu faktor kepincangan sosial sekarang ialah perlakuan anak-anak yang semakin tidak terkawal. Kejadian ini berlaku bila anak bertindak PANDAI-PANDAI atau sememangnya pendidikan anak-anak lebih dari mak bapak dia. Bila itu berlaku, anak-anak mula menjadi lebih kreatif untuk menyorokkan segala perkara yang dilakukannya bersama kawan-kawan.

Memperbodohkan yang aku maksudkan di sini ialah perbuatan memperdayakan mak bapak bagi tujuan "menyelamatkan" diri dari diketahui aktiviti asal dirinya. Kaedah yang sewaktu dan semaksud dengan yang ini aku namakan dia MEMPERBODOHKAN.

Kes 1.


Seorang anak menjadi sangat risau apabila mak atau bapaknya atau kedua-duanya telah mendaftarkan diri sebagai ahli Facebook. "Bencana" ditambah apabila mak bapak ni add as friend kan anak ni. Justeru itu, anak pon mula kawal segala luahan rasa, luahan cinta mahupun kata-kata kesat yang biasa dipaculkan melalui keyboard komputer ke dalam wall Facebook.

Untuk memperbodohkan mak bapak dia, anak ini mengurangkan aktivitinya di profile Facebook sedia ada. Kononnya profile itu hanya untuk kegunaan keluarga terdekat dan sahabat handai yang baik-baik saja. Namun, untuk berjimba-jimba dengan kata-kata di luar batasan mak bapak, maka anak ini mewujudkan akaun baru Facebook. (Patutlah pengguna Facebook mencanak ramai sampai sekarang nih dah lebih 500 juta orang mendaftar dan bilangan itu semakin meningkat setiap saat.)

Apa anda akan rasa kiranya anda berada di tempat mak bapak??? Tidakkah anda rasa diperbodohkan???



Bersambung..

2 comments

ada yang siap sembuyikan or privatekan wall lagik..

Sebarang komen amatlah dihargai.