Sejarah MELAYU yang hilang???

Berdasarkan sukatan pelajaran dari matapelajaran sejarah, kita hanya diperkenalkan dengan sejarah yang berlaku sekitar era Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga era Pra Kemerdekaan. Ini bermakna pengetahuan asas sejarah bagi sejarah yang melibatkan negara kita sendiri berada pada sekitar sebelum tahun 1511 Masehi dan jugak 1930-an Masehi ke atas. Itu sahaja sejarah yang betul-betul diberitahukan kepada kita. 

Ke mana perginya sejarah atau dokumen yang melibatkan sejarah negara kita sekitar tahun 1512 hingga 1929??? Kalo dikira dari segi tahun, 417 tahun punya dokumen sejarah, kita TAK TAHU!

Bagaimana ini boleh terjadi? Dan apa buktinya??

Berdasarkan kajian rawak yang aku jalankan melalui pengalaman dan pembacaan bahan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia, dari segi koleksi bahan yang ada pada Jabatan Muzium Malaysia ialah terdiri daripada 3 jenis koleksi, iaitu
  1. Koleksi Arkeologi
  2. Koleksi Etnologi
  3. Koleksi Spesimen Alam Semulajadi
Tambahan dari itu, kesemua koleksi ini datang dari tahun 1963 hingga tahun 2007. Sumber: SINI


Mungkin ada rekod yang menerangkan sejarah yang hilang selama 417 tahun itu. Dengan susulan penjajahan dari Belanda dan Jepun ke negara kita. Namun demikian, segalanya dalam bentuk sejarah lisan. Nasib baik ada atuk dan nenek yang masih hidup dan masih sihat untuk bercerita tentang sejarah lampau. Tapi berapa lama sangat sejarah ni boleh bertahan? Berapa tahap ketulenan sejarah ini?

Dengan pengamatan secara kasar ini, aku mula risau. Adakah sejarah negara kita ini betul-betul direkod, disimpan dan dihayati sepenuhnya. Kalau rekod sejarah sendiri pon tak cukup, nak sibuk amek tau kisah sejarah orang lain, mungkin selepas pilihanraya umum akan datang, Malaysia akan tergadai.

Maka,









agar kita lebih mengenali asal usul kita.
Fikir2
August 9, 2010
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Hebat!