Saman ekor dah nak kena potong ekor.

Terdapat cadangan dari pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk dikaji semula tindakan polis yang memberi saman dengan kaedah "saman ekor". Kiranya kaedah ini dianggap tidak bersesuaian dan sangat MEMBEBANKAN rakyat. Satu tindakan yang agak baik kerana niatnya suci murni dan menunjukkan keprihatinan kerajaan akan beban rakyat ke atas tunggakan saman yang saban hari makin bertambah.


Namun demikian, perlu diambil perhatian bahawa saman yang diwujudkan ini sebenanrnya bertujuan untuk memberikan satu bentuk hukuman atas kesalahan yang dilakukan. Sesuatu perkara dianggap sebagai SALAH apabila tindakan yang dilakukan bercanggah dengan undang-undang yang digubal dan anda ditangkap dan disertai dengan bukti yang kukuh. Maka anda akan dihukum dalam bentuk saman.



Tindakan polis menggunakan perangkap hadlaju sebagai bahan untuk kutip bukti kesalahan pesalah jalan raya sudah cukup untuk digunakan bagi menghukum pesalah jalan raya. Ini bila difikirkan secara logik.

Tapi pada pendapat aku, kaedah menghukum rakyat untuk kesalahan yang boleh menyebabkan kemudaratan orang lain perlu diberikan perhatian. Bukan saja saman ekor, tapi banyak saja saman lain yang tak pernah diselesaikan oleh pesalah yang ada di Malaysia. Kaedah menghukum sambil mendidik ini perlu diberi nafas baru agar hukuman yang dikenakan wajar dan didikan yang diberi BERKESAN. Itu yang penting.
Isu Malaysia
August 4, 2010
1

Comments

  1. yup betul2.. tapi sejarah dah membuktikan kalau kita nak ubah minda orang kita mengambil masa puluhan tahun utk berubah.. cam perkataan perempuan pd zaman2 80-an..contoh yang biasa dalam filem2 p.ramlee.. Perkataan perempuan tidak dianggap kurang ajar jika dibahasakan kpd kaum wanita.. tapi skrang baru perkataan perempuan ditukar pakai dgn perkataan wanita..

    Majalah wanita dulunya nama Majalah perempuan.. dan sbg nya..

    Pendek kata, pendidikan secara menghukum lebih cepat tercapai matlamatnya berbanding pendidikan mengubah sikap/attitude. Macam mana pun, kedua dua kaedah nih kena dijalankan dgan serentak. Pendidikan secara menghukum dan secara tak langsung pendidikan mengubah sikap.

    kalau pendidikan secara menghukum saja..hasil nya seperti Jiran di bawah negara kita.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Hebat!