Wednesday, August 18, 2010

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertahan kedudukan, yang Cina nak amek kedudukan. Ada saja. Itu kalau dilihat dari sudut isu di Malaysia.

Kalau bersandarkan isu dunia, si Yahudi nak kuasai dunia, yang Cina pon turut nak kuasai dunia. Si kulit putih pulak dok bising nak kekalkan kuasa. Memang hebat.

Bila masing-masing nak berkuasa, media mula main peranan. Perkataan RASIS mula sibuk didengar. Apa maksud rasis? Siapa yang rasis? Dan juga siapa lebih rasis dari yang lain? Itu sentiasa menjadi persoalan. Namun demikian, bila mana pemegang kuasa sedia ada berusaha mempertahankan kedudukan dan kuasanya, mereka ini akan dituduh rasis. Itu sesuatu yang pasti.




Apa Maksud Rasis?
Maksud Rasis kalo mengikut Kamus Dewan Edisi ke 4 ialah orang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau mendukung pendukung utama bangsa lain di dunia.

Kalo ikut pentakrifan melalui Bahasa Inggeris melalui perkataan racist pulak, kalo rasis itu digunakan sebagai kata nama, maksudnya seseorang dengan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain.Kalo digunakan sebagai kata sifat pula, rasis bermaksud perbuatan diskriminasi ke atas sesuatu bangsa atau agama.

Siapa yang rasis?
Ini persoalan yang sangat kritikal dalam entri kali ni. Ini kerana perbuatan rasis ni dibuat oleh semua bangsa yang wujud di dunia ni. Samada ianya bersifat ganas atau tidak sahaja. Bagi bangsa yang mahu mempertahankan kedudukannya di negara terbabit, bangsa itu perlu bersifat rasis bagi memastikan hak bangsanya yang menjadi tunjang asas kenegaraan sesebuah negara itu terjamin.

Bagi bangsa yang pada awalnya bersifat imigran seperti Yahudi di Amerika Syarikat, mereka akan menjadikan sifat rasis ini untuk menaikkan semangat bangsanya untuk terus menguasai ekonomi dan seterusnya mendapat perhatian dari kuasa politik di negara tersebut.

Kiranya di sini, di mana sahaja, apa jua bangsa, mereka akan bersifat rasis. Cumanya bangsa tersebut melakukan tindakan yang menyebabkan bangsa lain marah atau tidak. Adakah bangsa yang rasis ini memudaratkan bangsa lain atau tidak. Ini menjadi persoalan.

Siapa lebih rasis?
Dalam menjawab soalan ini, perlu ada sejenis kaedah untuk mengukur tahap rasis itu. Biasanya kaedah pengukuran tahap rasis itu dikira melalui tahap kemudaratan yang dilakukan oleh sesebuah bangsa yang lain.




Rujukan Kes : http://ohtidak.com/oh-cikgu-sekolah-yang-racist/

0 comments:

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.