Ramahnya bangsa itu.

Dalam satu dokumentari yang ditayangkan melalui rangkaian National Geographic bertajuk Malaysian Journey with Jason Scott.

Satu kisah yang sangat menarik tentang bagaimana penerimaan rakyat Malaysia, yakni dari kehidupan orang asli, orang Melayu, dan juga bumiputera Sabah. Kerana apa? Bangsa yang menjadi tunjang kewujudan Malaysia inilah yang menitikberatkan kebudayaan dan juga sikap sopan santun di samping meraikan tetamu dengan sebaiknya berdasarkan kemampuan kita.


Kalo diamati balik untuk dibandingkan dengan budaya lain yang ada di dunia,
tiada bangsa lain di dunia ni yang mampu menerima orang luar untuk datang hidup, tinggal bersama, berkongsi makanan dan dilayan dengan ramah (bukan RAMAS). Kalau ada sekalipun, mungkin hanya mampu berkongsi idea dan pendapat semata.

Inilah kehebatan bangsa ASAS di Malaysia ni. Bangsa Melayu yang merangkumi pelbagai suku termasuk yang asli mahupun yang datang dari kepulauan Borneo. Sikap terbuka biarpun pengetahuan kadangkala tidak cukup terbuka. Sikap meraikan tetamu biarpun tetamu itu baru 3 saat dikenali.

Namun sikap mudah percaya ni selalu menyebabkan golongan bumiputera ini selalu DIPERBODOHKAN. Ini satu perbuatan yang biadap bila mana susu dibalas tuba. Kepercayaan dibalas dengan perbuatan keji sekeji tahi.

Bagi bangsa yang ramah, teruskan ramah. Jangan sampai anda mudah diperbodohkan kerana manusia keji akan senantiasa dengki dengan keramahan dan kemesraan kita yang menstabilkan politik negara berdaulat ni.

2 comments:

  1. kita banyak bagi muka dan ambik hati mereka yang telah memperbodohkan bumiputera..tengok sekarang apa yang diorang mahukan..???

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.