Nuzul Quran vs Hari Wilayah.

Hari ni, sempena Ramadhan, wujud sambutan Nuzul Quran di mana sambutan memperingati turunnya Al Quran yang menjadi rujukan kehidupan umat Islam sehingga ke hari kiamat kelak. Kebanyakan negeri di Malaysia mengambil keputusan untuk menjadikan hari ini sebagai cuti umum.

Kepada negeri yang tidak mendapat cuti untuk Nuzul Quran, mula tertanya-tanya kenapa? Kalo di Wilayah Persekutuan, adakah Hari Wilayah lebih bermakna untuk disambut dengan mengisytiharkannya sebagai hari cuti berbanding Nuzul Quran????

Jadi, untuk yang bercuti, gunakanlah cuti untuk menghayati sepenuhnya di sebalik kejadian turunnya kitab terpenting di muka bumi ini yang seterusnya mencetuskan banyak idea yang meliputi segenap bidang ilmu sains, politik, sosial, ekonomi mahupun ilmu astronomi. Banyakkan baca Al-Quran syukuri dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Samada cuti atau tidak, itu tidak penting. Sejauh mana kita menghayati sirah kejadian yang Allah kurniakan pada kita ni. Itu yang paling penting.

Tepuk dada, tanya iman.

Salam Nuzul Quran buat semua.


Gambar kredit kepada Utusan
Fikir2
August 27, 2010
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…