Merdeka, bebas dan tanggungjawab. --> tapi BENGAP!

Malam ni bakal menjadi malam bersejarah buat Malaysia kerana buat julung kali Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Kalo kita ulangkaji balik dengan sejarah negara kita, semestinya peristiwa pengumuman kemerdekaan dari Yang Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tengah malam 31 Ogos 1957 yang lalu.

Di kala hari penuh berkat di hari ke 20 Ramadhan ni dah bermacam-macam isu timbul, yang pakatan masuk masjid tak tutup aurat, yang Namawee nak tunjuk kreatif dalam bahasa Cina, dan macam-macam lagi. Itu belum masuk kes jenayah serta bala bencana yang berlaku lagi.

Kalo tahun yang lepas sambutan Hari Kebangsaan Malaysia disambut dengan mantap dan meletop. Jalur Gemilang di sana sini.Tahun ni?? Apa sudah jadi? Tiada Jalur gemilang dikibarkan. Samada di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur mahupun di tempat-tempat lain.
Ini gambaran K.L hari ini 30 Ogos 2010. Hanya banggunan Tradewind yang aku nampak ada Jalur Gemilang.

Kita tinggalkan saja masalah kibarkan Jalur Gemilang.

Bila sebut pasal merdeka, kita nak bebas, nak buat semua benda. nak luah semua benda. Nak carut semua. nak kutuk semua. BEBAS. Itu yang orang Malaysia semua nak. TAMAK, dan tak pasti apa yang dikehendaki.



Itu realiti yang berlaku di Malaysia kini.

Kebanyakan orang Malaysia, terutama yang mengundi Pakatan Memecahbelahkan Rakyat, hanya tahu hak mereka. Tahu apa yang mereka mau serta tahu apa kehendak nafsu serakah mereka. Tetapi tidak paham sepenuhnya maksud yang ada di sebalik kemerdekaan dan kebebasan itu sendiri.

Bila wujud kebebasan, akan datang bersama satu tanggungan yang dinamakan sebagai TANGGUNGJAWAB.

Contohnya, kita bebas untuk makan, makan la apa saja yang kita mau, selagi tidak meletup perut, kita boleh makan. Namun, dalam kebebasan makan itu, kita ada tanggungjawab ke atas badan kita untuk memastikannya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Justeru itu, kita perlu makan secukup rasa, tidak terlebih garam, tidak terlebih gula dan begitu juga dengan yang lain. Memang kita bebas makan, tapi, bila terlebih gula dalam makanan, dah kena diabetes dan kemudian anggota badan kena potong, baru nak menyesal ka??


Maka, sambutlah Hari Kemerdekaan dengan penuh tanggungjawab, keranamu rakyat Malaysia yang bertanggungjawab mendatangkan 1 Malaysia yang menjana transformasi.

Salam kemerdekaan ke 53.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.