Melihat potensi untuk pandai berbahasa Melayu.

Bahasa Melayu, merupakan bahasa rasmi Malaysia. Bahasa rasmi bermakna bahasa yang mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia dan bahasa yang sepatutnya menjadi nadi utama komunikasi di Malaysia. Tahap fasih seseorang dalam berBahasa Melayu akan bertambah apabila semakin kerap bahasa ini digunakan dalam pertuturan.

Untuk lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia, salah elemen paling utama yang WAJIB lulus ialah subjek Bahasa Melayu. Kalau anda berjaya mendapat A+ untuk semua subjek namun subjek Bahasa Melayu anda GAGAL, maka keputusan SPM anda tetap dianggapkan sebagai TIDAK LULUS / GAGAL.



Maka dengan sindrom "lebih banyak A+ lebih pandai" anak-anak, maka ibubapa kini lebih risaukan anaknya untuk berjaya mendapat semua A dalam pelajaran. Cumanya dari segi potensi, ibubapa seolah-olah tidak ada idea yang jelas.

Ini salah satu kaedah paling sesuai untuk melihat potensi anak anda pandai dalam Bahasa Melayu terutama dalam bidang penulisan.

Sekiranya anda mendapati anak anda, atau rakan-rakan anda (bagi yang berkawan dengan budak-budak sekolah la), sangat pandai dalam hal ehwal perhubungan cinta, biasanya tiada masalah untuk individu nih pandai dalam penulisan Bahasa Melayu. Senang cakapnya, sesiapa yang pandai dalam hal bercinta ni, maka dia ni pandai la menulis dalam Bahasa Melayu. Sebabnya, pandai untuk menyusun ayat, bagi sedap. Dia juga mudah untuk memahami tatabahasa yang diajarkan cikgu. Walaupun ayat yang kita rasakan sedap tak semestinya betul dari segi tatabahasa.

3 comments:

  1. haha. sebenarnya nk cakap pelajar sekolah pandai meng'ayat' je. tak gitu?

    ReplyDelete
  2. setuju 2.. lg pndai mengayat, lg pndai la brbahasa... sng "lulus periksa"... hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha.... senang lulus... sebab ianya telah diaplikasi dan BERJAYA...ahaha

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.