Kerjaya TAHAN MAKI!

Bermulanya sesi konvokesyen bagi beberapa IPTA baru-baru ni telah mula meledakkan semula gerakan mencari kerja bagi graduan yang baru bergraduasi baru-baru ini dan juga graduan yang telah lama bergraduan. Maka gelombang mencari pekerjaan kini mula menjadi isu. Banyak saja laman sesawang (website) yang mula memberikan perkhidmatan informasi tentang kerja kosong terkini dan juga tips-tips pekerjaan.


Sedikit pesanan untuk graduan yang berstatus fresh graduate ni,
anda perlu terima dahulu apa jua jenis kerja demi memberikan anda pengalaman kerja. Ini kerana dunia pekerjaan sangat berlainan dengan dunia belajar. Segalanya serius terutamanya DISIPLIN KEHADIRAN. Ini bukan lagi masa untuk leka dan suka-suka hati nak pergi kerja atau tidak. Ini melibatkan wang.

Kalo zaman belajar dulu, mungkin kita boleh ponteng kerana kita bayar untuk belajar. Tapi di zaman kerja, kita DIBAYAR untuk bekerja. Maka kehadiran ke tempat kerja bukan sesuatu yang suka-suka.

Untuk entry stage atau di permulaan pekerjaan, biasanya pekerjaan yang diberikan pada kita bersifat TAHAN MAKI. Tak kira dari orang atasan ataupun kerja melibatkan komunikasi dengan pelanggan. Disebabkan universiti sekarang telah dilengkapi dengan sukatan pelajaran kurikulum & kokurikulum yang melahirkan graduan yang mempunyai daya tahan yang tinggi, maka pekerjaan yang paling sesuai di peringkat awal ialah TAHAN MAKI.

Tips penting yang boleh anda ambil ialah ambil yang positif dari makian tersebut. Selain itu, kaedah untuk TAHAN MAKI ialah dengan meletakkan diri anda di tempat yang benar. Bermakna, pastikan segala prosedur, format serta langkah pencegahan yang menyebabkan anda salah dan diMAKI diambil perhatian semasa menjalankan kerja. Untuk mudah, anggapkan makian sebagai kata-kata semangat.

Tidak ada kerja yang anda tidak kena MAKI. Maka, setakat kena maki sikit-sikit, janganlah berputus asa. :D

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hoyeah.. customer is our boss bg yg involve dgn customer services.

    ReplyDelete
  3. ahaha... taw xpa dayaah.. :P

    ReplyDelete
  4. pernah jd kuli.. ceq tawla huhuhu

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.