Kenapa passport Malaysia Tidak SAH di Israel?

Beberapa hari lepas, seramai 67 orang Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan KElab Putera 1 Malaysia telah berjaya tiba di Rafah, sebuah kawasan di man sempadan antara Mesir dengan Wilayah Gaza. Dengan bantuan kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir Pasukan Kelab 1 Malaysia ni telah berjaya menembusi sekatan yang paling getir untuk masuk ke kawasan Palestin.
Pasukan ini juga telah berjaya membawa bersama bantuan seberat 11 tan yang merangkumi bantuan berbentuk ubat-ubatan, makanan dan bahan-bahan berkaitan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Satu perjumpaan dengan Ismail Haniyeh, Presiden Palestin dibuat. Menurut Ashwad Ismail menerusi laman Twitternya, melaporkan bahawa Presiden Palestin itu telah berpesan agar mereka tidak pergi melawat Baitulmaqdis buat masa ini. Tindakan mengunjungi Baitulmaqdis itu menunjukkan persetujuan kita dengan tindakan Israel mengepung Bandar ke 3 Suci untuk umat Islam itu.

Maka dengan itu tidak hairanlah kenapa rakyat Malaysia yang ada passport sekalipun, tidak sah passport itu untuk digunakan bagi melawat ke Israel. Pertama, ia kerana Malaysia merupakan negara Islam. Maka kewujudan negara Israel tidak dianggap sah oleh kerajaan Malaysia. (Tak tahulah kalo-kalo ejen Israel yang ada di Malaysia sedang menjalankan usaha). Kedua, Malaysia merupakan negara ahli OIC (Pertubuhan Negara Islam) yang mana telah bersetuju untuk tidak mengisytiharkan kewujudan negara Israel di muka bumi ini.

Maka jangan terkejut sekiranya Pasport anda nanti berupa begini...


Maka dengan itu, janganlah sesiapa ada hati nak wat program lawatan ke Israel ya.Kalo nak buat misi kemanusiaan ke Palestin pon kena dapatkan kebenaran bertulis dari Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra.



Sumber berita: Bernama & MStar Online

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.