Imam Muda Vs Makmum Muda

Tahniah sekali lagi untuk Asyraf dari Pulau Pinang atas kejayaan dinobatkan sebagai IMAM MUDA melalui rancangan realiti pencarian imam yang pertama di dunia. Betapa sejuknya perut mak yang mengandungkan Asyraf yang kini boleh menarik nafas lega kerana telah ada warisnya yang akan mendoakan kesejahteraannya bila berada di alam akhirat kelak.

Itulah yang ibubapa harapkan dari anak-anaknya. Bukanlah pemberian dari jenis harta, namun doa untuk kesejahteraan hidup di alam akhirat itulah yang menjadi perkara UTAMA dalam "menghasilkan" dan juga membesarkan anak- anak dengan ilmu secukupnya.



Semalam berita melaporkan bahawa "secara purata 30 orang Ahli Jawatankuasa Masjid di sekitar Selangor meletakkan jawatan setiap bulan - Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)". Laporan berita nih menunjukkan betapa institusi masjid kini semakin hari semakin kucar-kacir dengan pelbagai isu. Dari isu Ahli Jawatankuasa Masjid, sehinggalah isu untuk meramaikan masjid.

Kiranya kini, biarpun ada orang mengatakan pada aku bahawa orang muda sekarang MALAS nak terbabit dengan "politik masjid", namun sekiranya perkara sebegini terjadi, tanggungjawab itu sudah jatuh pada orang muda. Kerana pemuda dan pemudi inilah yang mampu menggerakkan jentera yang terbaik untuk merekrut lebih ramai makmum muda di masjid.

Mungkin untuk program Imam Muda musim depan, salah satu pendekatan yang boleh dijadikan kriteria untuk melahirkan Imam Muda berbakat dan berkaliber, ialah Imam Muda yang mampu meramaikan MAKMUM MUDA di masjid. Ini kerana kalo situasi sekarang di masjid, hanya orang bertaraf TUA sahaja yang ramai di masjid. Seolah-olah orang muda "hilang" dimakan garuda.
Fikir2
August 4, 2010
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!