Saturday, August 14, 2010

Bila anak ini DIBIKIN? - Pernah anda fikir?

Semalam sahaja ada 4 kes buang bayi dilaporkan berita melalui televisyen.




Kalo mengikut laporan berita semata-mata, dah lebih 2 pasukan bola sepak bayi dibuang. Itu kes yang dijumpai dan dilaporkan pada pihak polis. Aku rasa ada beratus lagi baby yang dibuang oleh pasangan ZINA yang telah berjaya memBIKIN anak dengan baik.

Biarpun kes ni dah mendapat status KES BUNUH, namun manusia akan berevolusi untuk menjadi lebih kejam. Kalo kes sedia ada, bayi setakat dibuang ke dalam tong sampah, longkang, tangki kumbahan dan lain-lain tempat. Jangan terkejut kalo suatu hari nanti kes pembuangan bayi ni akan jadi lebih kejam. Ntah2 janin atau bayi yang dilahirkan dihancurkan terlebih dahulu sebelum dibuang ke sungai. Kita tak tahu bagaimana proses evolusi in berlaku.

Tunggu dan lihat saja siapa orang pertama yang akan dikenakan hukuman GANTUNG SAMPAI MATI hasil pemBIKINan anak dan membunuh anak sendiri.

Pernah anda terfikir tak? Kes pembuangan bayi sekitar bulan Julai 2010 hingga kini (Ogos 2010). Agaknya bila anak ini diBIKIN????? Sudah semestinya ketika itu musim cuti sekolah, yakni bulan November 2009 hingga Disember 2009. Adakah pihak sekolah wajar dipersalahkan dalam hal ni kerana matematik menunjukkan kejadian terjadi di luar musim persekolahan?

Kalo anak ini diBIKIN waktu cuti sekolah, bila ia terjadi?? Di mana? Semasa mak bapak pergi kerja, anak berpeleseran, maka pemBIKINan berlaku? Ataupun sewaktu cuti sekolah anak-anak dibiar hidup meliar tanpa ada disiplin seperti hari sekolah?



*Terima Kasih pada bakal doktor, En Mohd Hafiz bin Ab Ghani atas lontaran idea ini pada saya.

3 comments

sedih je bile dengar kes bayi di buang ni..memang xder langsung perikemanusiaan..

perasan tak, baby yg malang ni, walau di buang kat mana2 pun, pasti jumpe kan...

btol2..rase sedih tgok anak2 muda yang makin parah dengan aktiviti sosial.. rasa kesian dengan bayi2 yang tak berdosa..

masa 'bikin' x pernah pikir akibat, dah jadi sesedap hati jer buat macam tu..x hargai langsung pemberian Allah..

Bikin memang sedap... tpi yang pelik, senang pulak dia beranak... adoi..

Sebarang komen amatlah dihargai.