Silat & Silaturrahim.

Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di sekitar kepulauan nusantara. Kesenian yang diamalkan dalam silat sangat halus, kerana ia diadun dengan lenggok pergerakan yang sopan, amalan zikir serta selawat dan juga penghayatan agama Islam kepada setiap pengamal seni ini.

Dari silat, manusia bersosial. Maka wujudlah satu hubungan yang dianggap terbaik. Malahan jika hubungan ini diputuskan dengan sengaja, maka ia boleh menambahkan DOSA. Hubungan yang dimaksudkan ialah hubungan silaturrahim.

Al-Rahim merupakan salah satu nama Allah yang membawa maksud Yang Maha Penyayang. Menunjukkan betapa dengan kekuasaan yang ada pada Allah juga menerapkan elemen sayangnya Allah pada setiap hambanya. Hasil dari sifat penyayang Allah inilah manusia dapat menikmati segala bentuk kesedapan yang ada di muka bumi ni.

Hubungan sosial manusia melalui silat telah menghasilkan silaturrahim. Ini berlaku terutamanya dalam kebudayaan masyarakat Melayu.

Biar Melayu tampak lembut, sopan santun, dan juga sangat bertimbangrasa, orang Melayu tetap menerapkan sifat penyayang dalam mempertahankan dirinya. Gabungan penyayang dan pertahanan diri inilah yang menjadi tunggak kekuatan Melayu. Maka dengan sebab itulah, jangan sesekali bertindak biadap terhadap orang Melayu. Sekali kami bersatu, kami mempertahankan apa yang patut dipertahankan. Ini atas dasar sayangnya kami terhadap bangsa Melayu.
Fikir2
July 16, 2010
2

Comments

  1. bro blajar silat per? Takkan melayu ilang di dunia.........:-)

    ReplyDelete
  2. silat apa?? Silat makan..ahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!