Sila kahwin!!!!!

Tadi khutbah Jumaat kat Masjid Negara menasihati umat agar kahwin.

JANGAN MENDEKATI ZINA & JAUHI ZINA!

Itu yang ditekankan oleh khatib yang berkhutbah tadi. Antara isi kandungan khutbah Jumaat tadi, ialah:


  • Nafsu Seks diwujudkan Allah untuk menerapkan nilai kasih sayang antara manusia. Maka, kaedah yang menghalalkannya ialah KAHWIN.
  • Adalah diharuskan agar Mas Kahwin dan hantaran kahwin lebih RENDAH kerana ia akan menjadi lebih berkat.
  • Masalah yang berlaku skarang ialah, ibubapa nak jaga status dan kedudukan dengan meletakkan nilai Mas Kahwin dan Hantaran pada nilai yang tinggi. Ini menyebabkan anak menangguhkan perkahwinan mereka dan menyebabkan mereka lebih MUDAH untuk terjebak dengan ZINA.
  • Isteri yang meminta CERAI dari suaminya tanpa alasan yang KUKUH, HARAM baginya untuk cium bau SYURGA.
  • Perkahwinan adalah salah satu cara untuk MENJAGA KEMALUAN kita.
Ini adalah antara intipati yang aku dapat dari Khutbah Jumaat tadi, harap sesiapa yang "TAK BERKESEMPATAN" ke Masjid Negara tadi boleh amek iktibar.


**Ucapan tahniah untuk Fariza & Ghulam, yang berkahwin bulan lepas. Juga ucapan tahniah untuk Siti (officemate aku) yang menikah minggu lepas. Ucapan tahniah in advance untuk Nadira yang akan kahwin hujung bulan ni. 

3 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.