Rasa cinta itu dalam hati atau di wall Facebook?????

Trend atau tidak, kaedah hidup zaman kini, mana-mana orang muda, KEBANYAKANNYA akan ada pasangan yang dijadikan sebagai "teman" hidup di kala sunyi mahupun sepanjang menjalani kehidupan seharian.


Biasanya ia akan dilapisi dengan dasar kepercayaan yang amat tinggi dan juga atas dasar RASA CINTA yang datang dari hati yang tulus dan mulus. Kononnya la. Tak tau sejauh mana kebenaran perkara nih.
Gambar sekadar Hiasan..


Namun pada aku, kalo anda bercinta, biarlah dengan hati. Andai perasaan itu mahu diluahkan, maka biarlah ia hanya untuk orang yang tersayang.. tak perlu untuk bermesej dengan "si dia" melalui laman sosial. Seumpama anda berchatting dengan menulis mesej di tembok Penjara Pudu ja (kalo ada serpihan lagi). Ini kerana cinta melibatkan perasaan. Kalau anda berjaya menulis mesej seluas langit "Aku Sayang KAMU" sekalipun, ia belum tentu dapat menunjukkan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi anda tu.


Cukuplah dengan mesej sayang menyayang melalui SMS atau yang  bersifat peribadi yang senafsu dengannya.

11 comments:

  1. sokong sgt...x yah nak show off..

    ReplyDelete
  2. huhu..btol.penah bace gk n3 cmnie.
    nak menunjuk segala, xperlu kot nk jiwang kt wall.menyampasss >__<

    ReplyDelete
  3. bese la tue..org tgh hangat bercinta..tgok kawen nanti ada buat lagi ke camtu

    ReplyDelete
  4. kdg2 sampai memalukan dr sndr atau lebih tepat mereka tak tau malu.
    pd yg dh berkawen pulak.. ada yg bagaikan membuka pekung di dada. tak usah la kisah dlm kelambu pun nk buat tayangan perdana...

    ReplyDelete
  5. betul tu...poyo gila kot aku rasa... syang sendiri2 sudah la.. kalo hangat bercinta pon, jangan kasi panas orang len..ahahaha

    ReplyDelete
  6. betul2! tu tak masuk lagi status yang diorang update pasal tu sampai setiap 10minit. lepastu wall-to-wall pulak.

    ReplyDelete
  7. saje je nak buat nyah jeles tauu. x[

    ReplyDelete
  8. ntah... kadang wat orang maleh nk komen kat wal depa..ahaha

    ReplyDelete
  9. hahahahahhahahahha
    !bang~~~!
    terkena aku...
    wakakakkakaka...untuk wall aku sekarang ni agak seperti TAMAN BUNGA...
    tapi bersebab...
    sebab yang baik..
    untuk bantu orang yang tak percaya BF dia sendiri...
    maka terpaksa lah aku berlakon punyai BF walaupun aku tengah single mingle...
    maka termetrailah wall jiwang karat yang bisa buat orang normal muntah hijau dan melegakan hati orang yang paranoid x tentu pasal tu...
    -sekian-
    :Pp

    ReplyDelete
  10. yeah, betul. rasa macam.. nak maki pun ada. tapi maki depan skrin laptop ja lah.

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.