Wednesday, July 21, 2010

Mari pergi LCCT dengan tren ERL.

Bagi pengguna tegar syarikat peerbangan tambang murah Air Asia, maka KLIA LCCT merupakan kawasan yang sangat selalu anda akan singgah. KLIA LCCT ialah terminal tambang murah atau lebih dikenali dengan nama Low Cost Carrier Terminal  untuk Kuala Lumpur International Airport. Kiranya LCCT ni terminal untuk syarikat penerbangan tambang murah la.

Pada kebiasaanya, untuk ke LCCT menggunakan perkhidmatan awam ialah dengan menaiki Sky Bus yang disediakan oleh syarikat Air Asia yang menghubungkan dari KL Sentral ke LCCT dengan harga dari serendah RM8 untuk ke LCCT dan begitu juga sebaliknya.

Kini setelah lama beroperasi sebagai penyedia tren laju ke KLIA, Express Rail Link atau ERL turut menyediakan perkhidmatan untuk ke LCCT melalui perkhidmatannya KLIA Transit.

Kalo naik dari KL Sentral, tambang yang dikenakan adalah RM12.50. Manakala kalo naik dari stesen Bandar Tasik Selatan, tambang yang dikenakan hanyalah RM10.80.


Setiap tambang yang dikenakan ni adalah bayaran sekaligus untuk shuttle bas dari stesen Salak Selatan ke LCCT (kerana perkhidmatan tren ini belum mengembangkan sayapnya ke LCCT sepenuhnya, maka terpaksa menggunakan shuttle bas).

Masa yang diambil lebih rendah berbanding Sky Bus yang disediakan Air Asia yang biasa mengambil masa lebih dari satu jam untuk ke LCCT. Namun, dengan menggunakan ERL, maka masa perjalanan dijimatkan.

Untuk keterangan lanjut, sila ke http://www.kliaekspres.com/erlsb/LCCT/tabid/158/Default.aspx

2 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.