Monday, July 26, 2010

Kaedah mengHANCURkan MELAYUpaling BERKESAN!

Terdapat beberapa kaedah yang sangat BERKESAN dalam usaha untuk meLUPUSkan orang Melayu mahupun bumiputera yang ada di Malaysia nih. Berikut adalah antara perkara yang perlu diambil perhatian.

1.Banyakkan Parti Politik orang Melayu.
Kaedah ni adalah untuk MENGURANGKAN undi daripada orang Melayu untuk memastikan mereka terus mengundi parti politik yang tidak 100% memperjuangkan kedudukan politik orang Melayu. Untuk itu, kewujudan lebih dari 3 parti politik sudah cukup. UMNO, PAS, dan Pari Keadilan Rakyat sudah cukup untuk menjadikan peratusan undi orang Melayu menjadi hanya 20% suara sahaja di Malaysia.




2.Banyakkan program MLM, bagi orang Melayu cepat kaya!
Kedudukan ekonomi di kalangan orang Melayu kini tidak sampai 20% penguasaannya di Malaysia. Dengan alasan ini, kewujudan lambakan syarikat Multi Level Marketing sangat berkesan untuk "memperkayakan" ekonomi orang Melayu.

Ketaksuban orang Melayu untuk hidup senang, kaya akan merupakan modus operandi paling berkesan untuk menjayakan operasi MLM nih. Semakin ramai orang Melayu yang mendaftarkan diri, maka lebih cepat individu yang menjadi upline untuk kaya.


3.Tambahkan kedai makanan berkonsepkan Mapeley & Kopitiam.
Kewujudan banyak kedai makan yang diusahakan orang Melayu menjadi antara sumber ekonomi terbesar yang berjaya dijalankan oleh orang Melayu di Malaysia. Dengan perubahan trend makan kini, maka kewujudan mapeley dan kopitiam yang restorannya lebih berkonsepkan lepak dan online lebih menjadi pilihan pengguna zaman kini.

Dengan pertambahan kedai konsep sebegini, maka pengurangan kedai makan Melayu akan berlaku. Sangat berkesan untuk teruskan usaha kurangkan kuasa ekonomi orang Melayu.


4.Iktiraf bahasa lain selain bahasa Melayu untuk digunakan secara MELUAS di Malaysia.
Keupayaan terbesar bahasa Melayu ialah mudah difahami kerana ia merupakan bahasa rasmi Malaysia dan juga bahasa perpaduan. Tapi, untuk kelirukann orang Melayu, peggunaan bahasa lain amat PENTING bagi memastikan penipuan atau proses gerakan bawah tanah untuk hancurkan orang Melayu dijalankan dengan senang. Sebabnya, orang Melayu malas sket nak belajar bahasa lain. Sebab bahasa lain sangat tidak penting dalam kalangan orang Melayu. Bahasa Inggeris pon dipelajari selepas ledakan Teknologi Maklumat di Malaysia.

Justeru itu, penggunaan bahasa lain selain bahasa Melayu di Malaysia ialah antara kaedah terbaik untuk mengurangkan kuasa pada orang Melayu.




Jadi, dengan 4 kaedah utama ni, Melayu di Malaysia akan berkurangan kuasanya. Bila kurang kuasa orang Melayu, 1 Malaysia akan mudah diusahakan. Perpaduan "ditingkatkan" serta ledakan kekayaan ekonomi Malaysia akan berkembang. Teruskan dengan wadah perjuangan yang amat "murni" ni kerana ia sangat penting dalam proses Malaysia negara maju 10 tahun lagi.

3 comments

aku suka cara no 1 n sujud MLM tuh..parti politik ni hanya menyebbkan saling kutuk,fitnha dan hina menghina sesama kita saja...ntah mana nmpak perpaduan ntah...perpaduan lebih kepada sifat longgokan sependapat adalah

MLM satu trend dimana melayu suka menunjuk nunjuk. Itu lah....kita nk kaya cepat judi nmpk xbetul..mgkin dgn cara ini rasa betul nk kaya cepat

kan... sengaja nk tunjuk kaya.. bongkak n sombong... dh tu backup orang "lain" dengan penuh poyo..

Berkenaan parti politik Melayu dengan jumlah yg banyak, itu disebabkan sistem politik kita yg berteraskan demokrasi. Sitem syura tak macam tu.

Jadi apa yg kita sebagai org Melayu Islam kena buat ialah tukar sistem drp demokrasi kpd Syura. Tapi imam surau, ketua kampung, ketua keluarga, atau persatuan ibu tunggal takkan mampu laksanakan semua ini.

Kita perlu ada satu organisasi besar yg turut menggunakan wasilah politik untuk mengambil alih pemerintahan Pusat. Bila "organisasi" ini mengambil alih pemerintahan, masa inilah untuk kita ubah sistem.

Dan masa ni juga kita perlu banyakkan berdoa supaya pihak yang memimpin "organisasi" itu benar2 laksanakan Islam.

Sebarang komen amatlah dihargai.