Thursday, July 22, 2010

Jacob pakai songkok!

Hari ahad yang lepas, aku nengok la E! Channel. Extreme close up untuk Taylor Lautner. Kisah yang menceritakan bagaimana kariernya bermula sampai la skang nih, bagaimana dia menaiki tangga serta perjalanan karier dia sebagai pelakon yang kini agak meletop di persada dunia hiburan hollywood.



Bila nengok tv sambil melentang ni, secara tak sedar, tv dah tengok kita. Aku pon, tetiba dok berjalan kat satu resort yang sangat aku suka suatu masa dulu iaitu Tuaran Beach Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Bila dah berjalan2 nih, tetiba nampak Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam ceta Twilight pon ada.

Apa yang menarik, aku nampak Jacob ni pakai songkok.. Macam baru balik dari surau kat resort nih.. Maka aku pon tegur la dia. Sambil dok sembang apa projek dia kat Malaysia nih. Tapi tak pulak aku rasa dia ni Jacob dalam ceta Twilight. sembang biasa la.. Siap speaking english lagik. hahaha..sangat sempoi

Tengah berjalan-jalan, aku terperasan yang semua orang dok tengok ja kami 2 jalan sembang-sembang. Tak pasal pulak classmate aku, Amir, bleh ada kat situ. Siap tanya lagi, cmna aku boleh jmpa Taylor ni kat resort tu. Sedar-sedar ja, si Shah dah ada depan pintu umah aku. Panggil aku bangun tidoq. Adoih......

7 comments

LOL mimpi aje rupenye...

huhuhu nak mimpi rachael leigh cook pakai tudung...

hahahahah.. aku pn mau mimpi jacob!!!

hahahaha... sowie la.. dah termimpi mcm nih.. nk wat cmna... tpi sedap la dia cakap english.. sronok plak..ahaha

ha bole buat laki niii dah pndai pkai songkok

Sebarang komen amatlah dihargai.