Asian Bloggers & Social Media Conference Hari 1

Hari ni bermulalah Persidangan Blogger dan Jaringan Media Sosial 2010 yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan ini diadakan selama 2 hari yakni hari ni dan esok.

Untuk hari ni, terdapat 10 orang yang berucap dalam pelbagai aspek yang mereka .

Untuk masa terdekat nih, aku hanya mampu kongsikan "kata-kata hikmat" dari jurucakap sepanjang seharian persidangan berlangsung.

** Semua yang dikatakan ini pada asalnya diperkatakan dalam Bahasa Inggeris. Aku tuliskan dalam Bahasa Melayu demi kebahagiaan dan mesra pembaca blog ni.





"Pelanggan akan mencari platform terbaik untuk mereka luahkan pendapat mereka tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, untuk rujukan pelanggan yang berpotensi."
Prof. Beng Soo Ong,
Professor of Marketing
California State University, Fresno, USA.


"Mimpilah perkara yang mustahil. Percaya pada perkara yang mustahil. Jangan katakan TIDAK sebagai jawapan."
Dato' Sri Tony Fernandez,
CEO, Air Asia Malaysia.


"Sebagai Bloggers, anda perlu bertanggungjawab dengan perkara yang anda sampaikan. Pastikan perkara yang disampaikan benar & tepat."
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
4th Malaysia Prime Minister.


"Media sosial kini merupakan komunikasi 2 hala di mana pengguna boleh memberikan respon secara terus pada penyedia perkhidmatan"
Rob Angeles,
Founder & Author,
Social Media Philiphines, Philiphines.


"Anda tidak boleh KAYA dengan hanya blogging"
Ahmad Nazuwan,
BeautifulNara, Malaysia.


"Sila buat kajian sendiri. Tak tahu, sila Googlekan."
Joyce Wong,
KinkyBlueFairy, Malaysia.


"Kebahagiaan / kegembiraan bergerak melalui jaringan sosial!"
Michael Netzley,
Assistant Professor of Corporate Communication Practice, Singapore.
2010 Fellow, Social for New Comunication Research, USA.

"Aktiviti media sosial kini lebih tinggi berbanding aktiviti pronografi do Internet"
Khailee Ng,
Executive Director,
Youth Asia, Malaysia.


"Kempen yang ada kini lebih bersifat buah mulut."
Paul Moss.
General Manager - Platforms, Technology, & New Business.
Alt Media Sdn Bhd a subsidiary of Media Prima Berhad, Malaysia.


"Banyakkan memberi di kala anda mengharap untuk menerima."
Donna Imson.
Chairperson.
QNet, Malaysia.

5 comments:

  1. wah..mst byk input dpt nih..nnt kongsi la kat sini lg ek..kasi semua2 skali..heheheh

    ReplyDelete
  2. hahaha... boleh2... nnti aku compile semua..ahahaha....

    ReplyDelete
  3. hi i was @ Asian Bloggers & SMC 2010 Please visit newly social media platform in Malaysia www.myfriends2u.com/rizuani

    will launching version 2.0 very soon

    http://twitter.com/rizuani

    ReplyDelete
  4. "Anda tidak boleh KAYA dengan hanya blogging"
    Ahmad Nazuwan,
    BeautifulNara, Malaysia.

    lal aku tak paham syat ni, bukan ke ada org kaya dgn blogger???

    ReplyDelete
  5. suka yang last..memberi itu lebih baik kan..

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.