Tuesday, June 8, 2010

Tuhan jadi relevan bila SUSAH.

Trend atau kaedah hidup masa kini. Berseronok, bersuka ria, berhibur segalanya mungkin dan ada di mana-mana. Akses untuk bersuka ria sentiasa mudah. Siapkan saja wang ringgit anda. Maka anda akan dapat berhibur sesungguh hati.

Itulah yang dinamakan kehidupan sebagai seorang manusia. sebagai seorang yang normal, SEDIKIT hiburan diperlukan untuk merawat hari yang duka lara. Masalah timbul bila hiburan tu dah jadi "overdose". Yang lebih melampau, berhibur dan berseronok sampai terlupa segalanya sampai lupa Tuhan.

Namun, bila duit dah abes, tapi hati nak berhibur, masa tue, baru nak cari Tuhan untuk turunkan limpahan rezeki pada dia. Tiba-tiba Tuhan jadi sangat relevan dalam keadaan SUSAH. Bila hati senang, hidup senang, kawan-kawan ramai, maka Tuhan dilupakan. "Bukan dilupakan, cuma terlepas pandang!" itu kata seorang individu yang pernah aku jumpa.

Nampaknya Tuhan dah jadi macam Air Masak pula aku rasa. Bila enjoy, apa semua, air masak langsung tak minum. Asek minum coke, beer serta yang manis2 saja. Bila dah susah, kena kencing manis, baru la nak minum Air Masak. Kesian kat Tuhan, dah la dia ciptakan kita. Nie kita pulak ingat dia bila perlu saja.

Hmmmm....

5 comments

This comment has been removed by the author.

setuju sgt.Manusia selalu ingat nikmat Tuhan itu hanya pada rezeki yang mencurah-curah,tp mereka lupa akan nikmat2 Tuhan yang lain.
Bila dlm kesusahan baru ingat Tuhan dan menadah tangan meminta-minta.Bila tidak diberi (atau mungkin lambat,Allah Maha Mengetahui) dikatakan Tuhan tidak syg padanya.Malang sungguh manusia yang berfikiran begitu..

betul-betul. setuju. NF pon bukan lah seorang yang warak ataupun alim ulama, tapi eventhough I'm doing wrong things, tetap teringatkan Tuhan. justkadang-kadang keadaan tu yg macam memaksa...

ingat Tuhan xpa.. jangan lupakan Tuhan.. susah tu..huuhu

salam..
setuju sgt2 dgn entri ni..
*insaf*

Sebarang komen amatlah dihargai.