Tertinggal, Dititinggal atau Meninggal????

Kalo dengar lagu Dewa, Cintaku Tertinggal di Malaysia... Macam sedap, syahdu dan sweet ja bila ada kekasih yang merindui kekasihnya di lokasi yang berbeza.

Tertinggal cinta? 
Memang boleh... Kadang2 bila terlalu sibuk, terlalu khusyuk bekerja dan terlalu semangat bekerja menjadikan situasi ni berlaku. Kelam kabut sangat. Sampai terlupa akan Cinta kita. Namun kepada yang diCintai, jangan mudah ambil hati kerana "kau VIP di hatiku".....

Ditinggal Cinta?
Boleh terjadi bila berlaku kes Tertinggal Cinta tadi, si dia mula bosan, sedih, terasa diri tak berguna. Kemudian si dia akan merasa anda tidak mahu lagi beri komitmen pada dia. Maka dia pon pergi. Anda ditinggalkan Cinta anda sehingga menyebabkan anda sedikit sunyi.

Meninggal Cinta?
Bila anda sendiri meninggalkan perasaan Cinta itu. Tinggalkan dia di mana-mana. Biar dia mati sendiri. Biar dia datang kembali kalau dia nak. Tapi bila kita dah ada yang datang bersama Cinta, jangan terlalu mudah menerimanya kerana anda bukanlah kubur untuk menerima cinta yang telah mati.


Namun, andai anda telah sebabkan Cinta meninggal, maka carilah Cinta lain. Kerana Cinta itu sangat unik sifatnya. Umpama handphone, boleh TERTINGGAL, DITINGGAL dan juga MENINGGAL sendiri. Cuma anda kena pandai pujuk handphone anda. Biarpon dia sejenis mesin, akan tetapi dia tetap ada perasaan untuk bekerja dengan anda.

Gambar Hiasan: I-City, Shah Alam, 2010.

8 comments:

  1. cinta..cinta..cinta....

    cinta akan subur dan mekar...

    eh..lari topik laks...:p

    ReplyDelete
  2. wow....
    tak pernah lak aku ulas lagu sampai cam tu sekali...

    cinta...
    datang dan pergi......
    tak perlu di sambut bila ia menyinggah dan tak perlu ditangisi bila hilang...

    ops...

    ReplyDelete
  3. suma diatas adalah cinta yang menyeksakan..

    ReplyDelete
  4. hohoh... cinta yang menyeksakan... kan??? sangat... kadang2 sakit jiwa.. tahan ja la..aha

    ReplyDelete
  5. huhu..terbaek..cinta..cinta..cinta..cinta datang dan pergi..tp cinta pada Allah adalah cinta yg sejati

    ReplyDelete
  6. Untuk memastikan cinta Allah itu tidak tertinggal, ditinggal mahupun meninggal, maka kita perlu melakukan kawajipan yang ditetapkan 5 kali sehari... :p

    ReplyDelete
  7. cintan cintun, wahkahkah.,
    xminat ni semua, single g best.., hahaha...

    *cinta kat Allah lagi best... ;)

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.