Kenduri & hubungan kekeluargaan.

Di musim cuti sekolah ni maka datanglah musim kahwin. Bila tiba musim kahwin, datanglah kad kenduri bertimbun-timbun di rumah. Maka inilah masanya untuk bertemu keluarga yang dekat, yang jauh dan juga sepupu sepapat yang kadangkala tidak pernah kita bertemu sejak dilahirkan.

Itu pun akan berlaku sekiranya jemputan dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang terdekat mahupun yang bersifat "bau-bau bacang". Kadang- kadang jemputan pada kawan-kawan jugak boleh menjadikan kita lebih kenal keluarga kita kerana secara tidak disangka kawan yang dulunya mungkin satu kelas, sepermainan dengan kita sebenarnya ada hubungan kekeluargaan dengan kita.

Maka dengan cara inilah kenduri kendara akan memperkuatkan hubungan kekeluargaan antara kita. Sangat indah dan sangat menyeronokkan bilamana hubungan kekeluargaan menjadi lebih erat dan mesra.
Diriku
June 16, 2010
3

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Hebat!