Tolong!!!

Setiap hari, pasti akan ada orang yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Tak kisah la apa jua jenisnya, bantuan dari segi mengangkut barang, pertolongan untuk selesaikan masalah, bantuan kasih sayang dan macam-macam lagi.

Namun, berapa ramai yang sanggup untuk lakukan apa sahaja untuk bagi bantuan atau pertolongan pada individu atau kumpulan yang mengalami masalah? Ramai... Banyak juga orang yang suka tolong orang.. Dan ramai juga yang tak berminat untuk memberi bantuan.

Sebabnya?? Kebanyakan orang hanya suka tolong bila ada kepentingan atau kelebihan hasil pertolongan yang diberikan. Kiranya mahukan balasan la...

Sepatutnya, dalam memberikan pertolongan pada orang lain, ia perlulah bersifat IKHLAS. Ikhlas di sini bermaksud bantuan yang diberikan tue tidaklah mengharapkan balasan dari individu yang diberikan pertolongan tadi. Tetapi, balasan yang diharapkan hanya dri Tuhan yang Esa. Itu sudah cukup.


Ini kerana, kita semua tidak tahu bila tiba saat untuk kita MATI! Sekurang-kurangnya, dengan pertolongan kita tue, dapat la memberikan pahala untuk ampunkan dosa-dosa kita yang dulu... Lagipun orang yang dapat pertolongan kita tu mungkin akan teringat akan kita dan akhirnya tolong mendoakan kesejahteraan kita.. Insyaallah.

Maka amalkan sikap tolong-menolong walaupun pada manusia yang kita tak kenali.. Kerana kita tak tau bila waktu kita susah dan kita tak tau bila waktu kita perlukan bantuan orang... Berhati-hati dengan orang yang ambil kesempatan atas kebaikan yang ada pada diri kita.
May 5, 2010
2

Comments

  1. hrumm..betul la tu...bantu membantukan amalan mulia...tp ada sesetgh org tu membantu bersebab...masing2... :)

    slm kenal dari nabilah.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    JEALOUS NYER.!!

    ReplyDelete
  2. Bila org menolong dgn ikhlas, penerima pertolongan akan rasa bangga dan terharu ditambah lg pertolongan melibatkan familynyer...maka sebagai normal 'human being', penerima td akan rasa terhutang budi...

    pada aku tak perlu terhutang budi sb pertolongannya ikhlas...kerna pada aku dia layak berada di taraf "pertama" dalam kamus diari idupku......hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Mari kita belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional

Kejayaan Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri S…

Hebat!