Seks!! Perlu didikan atau pandai2 sendiri?

Isu pendidikan seks selalu jadi isu... Konon sebab kurang pendidikan seks maka terjadi permasalahan sosial di seluruh pelusuk Malaysia.

Pada pandangan aku, isu ilmu seks ni, boleh diterapkan dalam semua subjek. Ini bergantung atas KREATIVITI cikgu2 yang ada di sekolah. Ini kerana cikgu2 yang kreatif mampu memberi pendidikan seks yang amat berkesan pada pelajar-pelajarnya. Sebabnya, kalaulah pendidikan seks diwujudkan dan menjadi satu matapelajaran baru yang mungkin dinamakan sebagai "Pendidikan Seks". Ini bukan sahaja akan menambahkan beban murid. Malah akan menyebabkan susunan jadual sekolah jadi lebih huru-hara. Cukuplah dengan lambakan subjek yang diberikan di sekolah.

Ini kerana pendidikan seks ni adalah berkaitan dengan bagaimana kemahiran seseorang untuk mengawal tingkahlaku seksual dalam diri sendiri. Malahan, dalam subjek Pendidikan Islam mahupun Pendidikan Moral juga telah wujud elemen begini. Jadi, kalau begitu, kenapa perlu bazirkan kos, masa dan tenaga untuk tujuan ini??

Dari segi pengambilan guru untuk sekolah mahupun di peringkat pra sekolah, tak dapat dinafikan kriteria yang diperlukan amatlah ketat. Ini pula ditambah dengan personaliti seseorang guru pun diambil kira dalam mengambil seseorang untukjadi cikgu di sekolah. Maka, amat mustahil, warga pendidik yang dipilih ni, lembap mahupun tak cukup kreatif untuk memberik didikan pada pelajar di sekolah.

Justeru itu, aku katakan TAK PERLU diwujudkan subjek Pendidikan Seks di sekolah. Cukuplah dengan elemen sedia ada. Dan cikgu2 yang ada di sekolah perlu memainkan perananya kerana pendidikan seks ni melibatkan naluri manusia yang boleh diajar tanpa perlu subjek khas. Begitu juga makan, perlukah diwujudkan subjek MAKAN di sekolah untuk ajar murid2 cara makan yang betul??

1 comment:

  1. betul2 tu...tpi rasa2 nya la kan kalo pendidikan seks diajar disekolah2 dia org x ajar cara2 buat seks...knapa mak bapa skang pikir cam tu ar?

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.