Wednesday, May 19, 2010

Politik & cinta: Di mana perkaitannya?

Politik.

Bila bercakap pasal politik, ia melibatkan proses mendapatkan kuasa politik, proses berkuasa dan akhirnya proses menghancurkan kerajaan sedia ada. 3 perkara penting yang berlaku dalam politik. Walau di mana jua di dunia ni.

Cinta.

Dalam hal cinta, juga sedikit berkait rapat dengan hal politik di mana proses mengorat atau menabur kata2 cinta untuk memikat hati pasangan, proses menjalani hari-hari bahagia di kala percintaan, dan akhirnya proses rampasan cinta dari pihak ke 3. Ini berlaku pada kebanyakan pasangan yang bercinta.


Justeru itu, biar aku ceritakan dari perkara yang PERTAMA.
Proses memikat pasangan serupa seperti proses dalam mendapatkan kuasa politik. Di mana pada waktu inilah sang kumbang mahupun yang bunga akan menabur segala manifesto mereka untuk meyakinkan pihak yang satu lagi agar menerima lamaran yang bakal dikemukakan. Pelbagai kaedah boleh digunakan antaranya, memberikan "gula-gula Politik" mahupun menghabiskan masa bersama dengan melepak minum2 mahupun berjalan-jalan bersama. Palik tidak, "melepak" di laman sosial bagi yang agak jauh dari segi jarak serta kedudukan geografi.

Proses KEDUA yang dilalui ialah saat bercinta atau dalam kes politik, saat berkuasa!
Pada ketika ini, segala tugas akan dijalankan sebaik mungkin. Bagi yang berkuasa politik akan menjalankan tanggungjawab mereka. Bagi yang berpasangan, akan juga menjalankan "tanggungjawab" dengan cara menelefon, mengingati tarikh-tarikh penting (contohnya hari lahir, ulang tahun perkenalan dan lain-lain). Pada saat ini, segalanya tampak indah. Dan pada masa yang sama, ada jugak pihak yang mula DENGKI dengan situasi bahagia yang dikecapi.

Proses KETIGA ialah keruntuhan kuasa politik mahupun putusnya hubungan percintaan.
Proses ini biasanya diakibatkan oleh tindakan bersifat PROVOKASI yang dijalankan oleh pihak yang dengki sebentar tadi dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh orang yang berkuasa dan juga orang yang bercinta. Pelbagai jenis pemikiran diutarakan ketika proses ini berlangsung. Dan pada masa yang sama, mereka boleh mengubah prinsip sedia ada penyokong mahupun pasangan kepada pihak yang bercita tadi untuk berfikir sedalamnya sehinggalah berlaku PERPECAHAN dan HILANG KUASA dari pihak sedia ada.

**
Kesimpilan dari sini, janganlah menjadi pihak yang bertindak KEJAM, BIADAP serta GELOJOH. Kerana kegelojohan dalam berfikir boleh menyebabkan anda hidup MERANA sepanjang hayat. Dek kerana mengejar KUASA dan CINTA, mahupun PERHATIAN dari pasangan anda, segalanya DISANGGUPKAN  demi memenuhi NAFSU yang ada dalam diri anda.

Fikir dengan bijak. Gunakan kuasa AKAL, bukan berfikir dengan BUNGA LAWANG!!!


#Gambar sekadar hiasan...

4 comments

tak juga,,,

politik utk menjatuhkan yg korup itu juga penting...

sepenting cinta suci yg tak bertuhan nafsu...

fiD!

Bukan!!! Politik bukannya semata untuk menjatuhkan yang korup. Tapi akibat mahukan kuasa. Menjatuhkan yang korup hanyalah isu yang dibangkitkan semata-mata.

perghhh...ko ni dr cinta la weh...thanks utk n3 yg best ni

errr...politik mmg utk kuasa...sbb klu takde kuasa mcmana nak betulkn seme2 tu masalahnya skrg org dah salahguanakan kuasa tu... tu je...

Sebarang komen amatlah dihargai.