Sunday, May 23, 2010

Konsert Akhir AF8

Maka dengan Konsert Akhir AF8 semalam tamat lah sudah Akademi Fantasia untuk musim ke 8. Secara tak sedar, Akademi Fantasia sudah 7 musim yang aku layan. Sebab apa 7 musim?? AF1 aku tak sempat layan pasal umah belom dipasang dengan perkhidmatan ASTRO. hahaha...

Setelah bersusah payah berusaha untuk contact sesapa yang bleh kasi aku tiket untuk Konsert Akhir AF8 nih, akhirnya dapat jugak. Sangat "last minute". Hari Jumaat malam baru dapat confirmation dari Fyzliana untuk bagi peluang aku dapatkan tiket p nengok AF nih. Terima kasih dari sedalam hati aku ucapkan.

Berikut Gambar2 yang boleh dilayan setakat nih.









Ni masa pesta Poco-poco untuk semua fan club yang sempoi2...ahahaha









Ini pulak keadaan Stadium Putra Bukit Jalil sebelum bermulanya Konsert Akhir AF8 yang dipancarkan secara langsung dan Berdefinisi Tinggi atau High Definition.








Inilah Finalist AF8 bersama Pengetua, Norman Abdul Halim semasa sesi bergambar untuk pihak media sebelum diadakan Sidang Media khas.




Inilah 3 pelajar terbaik yang mendapat pilihan di hati peminat AF8.

Juara
Shahir

Naib Juara
Adira

Tempat Ke 3
Daus

Tempat Ke 4
Maulana

Tempat Ke 5
Iwan


Begitulah berakhirnya Akademi Fantasia 8. Satu revolusi yang menarik. Banyak pengajaran baru yang aku belajar dari AF8. Sangat menarik! Insyaallah akan dikongsikan dalam entry seterusnya bersama gambar yang lebih menarik.

4 comments

Sebarang komen amatlah dihargai.