Thursday, May 6, 2010

Kenapa orang mau ada GF/BF???

Kalo kita tengok trend sekarang nih, terlalu ramai orang muda (dan juga beberapa orang tua) yang menginginkan untuk mempunyai "kawan lelaki" atau "kawan perempuan" sendiri. Yakni untuk dijadikan sebagai pasangan (yang tak melibatkan perkahwinan).

Pada aku, salah satu sebab utama orang sekarang mahukan seorang teman istimewa yang akan sentiasa di sisi ialah sebagai tempat untuk meluah perasaan dan tempat bermanja yang individu terbabit bukanlah datang dari kalangan ahli keluarga yang mempunya pertalian darah dengan dirinya.

Selain tu, orang masa kini mahukan untuk ada GF(girlfriend) atau BF(boyfriend) ni jugak sebagai masa untuk memilih calon isteri atau suami yang akan mengikat pertalian kekeluargaan di masa depan.

Lebih menrik lagi, perhubungan ini, banyak dikuasai oleh trend remaja yang keluar, melepak dan berjalan-jalan bersama pasangan masing-masing. Maka disebabkan ia telah menjadi trend, maka sesiapa yang tak ada GF atau BF maka individu tu dianggap tidak setara dengan zaman yang ada. Akan tetapi, ada jugak yang merasakan dirinya terasing disebabkan terpaksa berjalan seorang diri sedangkan kawan-kawan yang lain ada pasangan yang tersendiri.

Maka inilah antara sebab utama orang mahukan GF atau BF. Cumanya perlu kita jaga segala tingkahlaku agar tidak tampak sangat menjengkelkan biarpun itu sebagai tanda sayang terhadap pasangan anda.

Sayangi dan berikan perhatian sepenuhnya kepada pasangan anda!

15 comments

betol.. sekarang dah jadi macam trend pulak.. semua orang kena ada couple.. so kepada yg tak dak akan rasa ketinggalan dan menjauh diri kerana tak mahu dikutuk kengkawan..

btl gak kata2 ko lal...
tapi walau apapun trend atau gaya terkini atau apa2 pon ikutan, bagi aku kata2 azimat ini yg menguatkan aku "ada aku kisah!!!"..hahhaha..

yang penting pada aku ialah SAHABAT BAIK kerana kita takkan kecewa dalam perhubungan persahabatan..berbanding GF/BF yg mungkin akan clash/kecewa/ilang semngat dll...

so hargailah kawan yg ada..hihii

yup.dh jdk trend utk memeliki gf bf neyh
cm kdg2 dorg neyh over naper eyh..berkepit sn sini bg yg muslim pegan sn sini mcm dh married jer.x phm di situ

jg prgauln kalo nk berkapel pon

yup..su sokong abg pjoe....pada su kawan baik paling penting...walaupun dah ada bf..tapi belum tentu akan bersama kita selagi belum ada ikatan yang sah...

* Tetap sayang pada En Taufiq dan sahabat2 baik saya...

for me..kalau dgn bestfriend pon ley je kot kalau stakat nk lauh pape...no need BF or GF...yg tuh later la carik pon bole kn?

trend!! dapat gak rasa macam tu..bila orang dah anggap trend tu yang jadi banyak problem tu

zaman dimana org rasa nak menyayangi dan disayangi..hahaha..btw kapel,kapel jgak..jgn smpai lupa keluarga,member2 sudah..tu yang penting..

Kapel penting untuk jaminan masa depan :) tapi berkapel biarlah berpada-pada. Sebabnya Tak di iktiraf lagi :)

www.ismailnoh.com

Btol!!! Kapel biar berpada...

Tentang trend, kena la pikir sendirik.. Nak ikut or x..ahaha

perlu jaga segala yg perlu.. ada faham.. huhu... Iman harus kental..tak mudah nih..~~

best lagi kalau single abg lal.. haha.. tpi nak wat camna.. alhamdulillah skrang seakan-akan ada satu ikatan.. ape2 pun. hidup berdua penuh cobaan.. n byk mengajar utk jadi lebih dewasa.. hehe..

pray for our best kay!! ^__^

u r best!!ehehehe... xpa.. mmg mencabar.. mcm ada ikatan plak.. payah nk bergerak kekadang.. tapi hati dah terpaut.. mmg payah... tpi layan ja dengan apa yang berlaku...

Friendship often ends in love; but love in friendship – never :)

Sayangi dan berikan perhatian sepenuhnya kepada pasangan kita...

yo suka post ni~
ramai support abg..bagus la cmtu..ramai kwn2 kn...(^_^)

APE2 pun sy sokong je pendapat anda... hehehe

hmmm,...btol tu,...kapel pon ikot trend....xlame kemudian,kawen pon ikot trend,..
so,phm2 sndri ea...

Sebarang komen amatlah dihargai.