Camna nak berfikiran positif???

Hampir setiap hari kita akan rasa mengantuk, down ja jiwa dan juga tak seronok hati. Bila semua benda ni terjadi, maka segala mood dan motivasi untuk bekerja jadi tergugat. Maka produktiviti kita pon akan jadi lagi teruk. Salah satu pengubat kepada kelukaan hati, kekurangan mood mahupun kekurangan motivasi untuk melakukan kerja ataupun bersosial.

Jadi, banyak kaedah yang orang gunakan untuk sentiasa berfikiran positif. Mendengar muzik, menonton televisyen, beriadah dan sebagainya. Tapi kalo waktu bekerja, ada yang makan asam, berborak, bersms dan berbagai aktiviti lain. Tak kurang jugak yang merokok bagi mendapatkan kembali mood.

Bagi aku, kita perlu mencari di mana tempat terkuat untuk membolehkan hati kita sentiasa ok. Bila kita dah buat sesuatu yang memberikan kita kekuatan, maka segala masalah yang timbul hanya boleh diselesaikan dengan berfikiran positif.

Berfikiran positif ni melibatkan berprasangka baik pada semua keadaan yang berlaku biarpun perkara yang berlaku tue sangat menyakitkan hati. Tapi ia sangat berkesan untuk mengembalikan kekuatan diri serta kebahagiaan hati.

Contohnya aku, bilamana kekurangan motivasi, dengan menonton konsert2 AF mahupun baca majalah AF sudah mencukupi untuk mengembalikan segalanya. Bukan untuk bersikap syirik atau apa, namun, dengan cara ni lebih mudah untuk aku kembali memikirkan untuk jalankan segala kewajipan kepada Tuhan mahupun kewajipan pada manusia lain.

Namun, di sebalik segalanya ni, kita kena sentiasa ingat pada pencipta kita sebabnya tanpa pencipta kita maka tidak wujud kita. Fikiran positif mampu membolehkan segalanya menjadi realiti. Lambat atau cepat, segalanya boleh ditunggu asalkan berfikiran positif. Insyaallah.
AF
May 11, 2010
0

Comments

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pantang kalah.

Ada sejenis manusia di sekeliling aku yang aku jumpa dari spesis nih. Untuk be…

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Hebat!