SeDARA mana hutan yang ada di dunia nih?

Pernah anda dengar tentang HUTAN DARA??? Ini benda yang biasa digunapakai untuk memberi maksud bahawa satu kawasan hutan yang masih tidak diganggu, mahu dicerebohi oleh mana-mana manusia. Selain tu, maksud hutan dara ni juga boleh dikatakan sebagai satu kawasan hutan yang langsung tidak terjejas oleh aktiviti manusia.

Sebab apa istilah DARA digunakan? Kalo ikut Kamus Dewan, Dara maksudnya gadis yang belum berkahwin dan masih suci.

Inilah analogi yang digunakan untuk hutan. Kerana hutan merupakan salah satu unsur alam yang agak sensitif dengan manusia. Sekiranya mana-mana hutan telah dicerobohi manusia, maka perubahan akan berlaku pada hutan. Terutama eksploitasi manusia.. Tak kisah la samada secara lembut mahupun secara kasar.

Maka dengan itu, hutan perlu dipelihara. Dan kalaupun ianya telah dicerobohi, maka perlula dia untuk dipulihara agar dirinya tetap sedap untk tatapan generasi akan datang. Disebabkan nilai hutan ni sangat tinggi, (begitu juga harga diri perempuan) maka dengan sebab itulah perkataan DARA amat sesuai untuk digunakan ke atas hutan.

Maka, lagi tua hutan, lagi kaya flora dan fauna di hutan, maka lagi mahal la hutan tue. Oleh yang demikian, kepada gadis, wanita mahupun perempuan yang singgah di blog ni, bolehlah menjadikan analogi hutan ni demi memastikan diri anda lebih tinggi nilainya. Semakin banyak ianya diceroboh, semakin kuranglah nilai serta harga yang ada pada hutan.

**hutan yang saya maksudkan ialah hutan yang ada pokok.. Bukab "hutan" pada diri manusia ya! :p

Alam Sekitar
April 30, 2010
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!