Thursday, April 29, 2010

Manusia perlu SESAT????

Peribahasa kata, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan..

Inilah kelebihan seni dalam Bahasa Melayu. Dan ini bila benar2 terjadi pon, maka kaedah dalam peribahasa ni jugak wajar kita gunakan. Kalo anda berada di highway, carilah mana2 U turn di setiap flyover.

Aku katakan manusia perlu untuk sesat kerana kesesatan itulah yang akan membawa kita pada jalan yang benar. Jalan yang betul serta jalan yang lebih dekat.

Macam jugak kita mencari jalan bila dipindahkan ke tempat baru... Kita perlu yakin untuk bergerak ke sana ke mari (guna kenderaan sendiri). Maka, apabila kita sesat, kembalikan diri ke jalan yang kita kenali pada pertama kali kita sampai di tempat tue. Secara perlahan-lahan, pengetahuan kita akan bertambah. Semakin sesat jalan kita, maka semakin banyak pengetahuan yang akan kita dapati.

Namun, dalam kepercayaan agama tidak perlulah untuk kita sesatkan diri. Kerana agama sudah berada pada situasi ketetapan pada kebenarannya.. Maka sekiranya terkeluar dari landasan utama, maka kita perlu cepat2 kembali ke jalanNya....

Kesesatan dalam mencari arah hidup perlu kerana ia mampu menjadi faktor yang mematangkan diri serta pemikiran kita.

2 comments

BERANI GAGAL.....maka penghujungnya adalah KEUNGGULAN....

saya setuju...tapi saya takut sesat juga :)

Sebarang komen amatlah dihargai.